Terima Kasih Allah
Kronologi sebelum keputusan STPM diumumkan.
Aku seorang guru. Guru sementaralah.. Sementara tunggu keputusan Stpm diumumkan. Aku mengajar subject Matematik dan Kemahiran Hidup. Macam anda juga segala apa yang dibuat mesti dapat pengalaman. Mengajar murid sekolah rendah yang pelbagai ragam juga banyak pengalaman yang aku dapat. Kesabaran dan ketekunan dalam mendidik yang ditahap maximum perlu ada dalam diri setiap pendidik. Aku?? Hmmm aku cuba untuk kearah itu.hehehhe..
Masih Aku ingat sewaktu hari keputusan STPM diumumkan.
Aku masih disekolah. Ada juga cikgu-cikgu yang aku boleh gelar kakak bertanya, "Atiqah bila awak nak amil keputusan?" Aku jawab yang aku tak berani nak tahu keputusan aku. Lagipun kalau tak ke sekolah pun sekarang kita boleh tahu melalui sms. Aku gelisah seharian waktu tu.Takut kalau-kalau ada subject yang gagal lagi-lagi Pengajian Am, subject yang paling aku takut. Subjet Pengajian Am juga subject yang wajib lulus. Sepanjang hari itu aku hanya bebalas sms saja dengan Ain(kawan baik aku) berborak tentang result yang akan diumumkan. Ain dah tahu keputusan.. Aku ?? Semestinya aku tak berani nak tahu. Jadi untuk itu aku meminta tolong Ain untuk menyemak result aku melalui SMS. Aku memang risau tahap gaban waktu tu. Tanpa berlengah aku memberi no ic kepadanya dan no angka giliran. Tetapi....haaaaa ada tapi ni.. Aku katakan padanya sekiranya ada subject yang gagal tolong jangan bagitau aku keseluruhan result aku.. So, tunggu punya tunggu agak lama jugak Ain sms. Aku punyalah risau kenapa Ain tak sms. Dalam hati aku ni berkata mungkin ada gagal. Waktu tu tak ada sediit pun rasa tenang dalam diri aku. Semua sangkaan yang bukan-bukan. Akhirnya dia sms.Line busy katanya. Ok aku terus menunggu. Akhirnya, diberitahu keputusan aku. Alhamdulillah.. Aku lulus semuanya.
Selepas abis waktu persekolahan aku terus ke tempat parkir kereta untuk menjemput Ain di stesen bas. Setelah berjumpa aku terus memandu untuk ke sekolah. Setelah di sekolah, kelihatan cikgu-cikgu yang sedang asyik berborak. Kami ditegur seorang guru penyelaras. "Haaaa kamu kenapa lambat datang?"
hahaha buat suspen je cikgu ni."Saya mengajar sekrang cikgu", kata aku. Selepas itu terus cikgu memberi slip result peperiksaan kepada ku. Kali ni yang betul-betul result ada ditangan aku. Alhamdulillah pencapaian yang boleh dibanggakan sepanjang aku bergelar pelajar tingkatan enam. Ain juga berpuas hati dengan result yang diperolehi.
Dipendekkan cerita aku menjadi pelajar terbaik STPM sejak penubuhan tingkatan enam di sekolah aku. Alhamdulillah Allah kabulkan doa aku.... Semua ini adalah berkat doa dari semua pihak terutama doa dari ibuku yang tersayang. Kemudian aku terus pulang untuk berkongsi kejayaan aku dengan ibuku.Abah??? Kalaulah abah masih ada tentu saja abah juga berbangga dengan kejayaan aku. Semoga abah ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh dan solehah. Al-Fatihah.....
Selesai................
Recent Comments