Pelajar + Pekerja


            ~Hari-Hari Terakhir Aku Sebagai Budak Photocopy~

        Aku seorang mahasiswa merangkap seorang pekerja di kedai photocopy di kolej kediaman aku. Kini aku telah berkhidmat selama hampir dua tahun di kedai tersebut. Hari ini aku akan memberitahu bos aku bahawa aku akan mengikuti program pertukaran pelajar pada semester hadapan. Agak-agak dia sedih tak erk aku nak resign??hmmmmmm  rasanya aku yang sedih ni. :(   uwaaaa......

        Bercerita detik permulaan aku bekerja. Aku ditawarkan kerja oleh pemilik kedai tersebut ( kak ida). Sebenarnya aku jarang masuk kedai tu sebab aku ni jarang print out atau berurusan dengan kedai tu. Yelah roomate ada  printer. So tak payah lah kot aku nak turun naik ke kedai tu. Nak dijadikan cerita satu hari aku masuk ke kedai tu teman member nak photosetet lecture notes. Di  kedai aku memilih untuk duduk disebabkan aku nampak kerusi yang berhampiran aku. Takkan nak diri lama-lamakan. aku duduk dulu ehhh korang...uwaaah selesa sangattt... Dah duduk tu  mata aku ni melilaulah kesana-kesini dok perhati budak-budak yang asyik menghadap PC untuk print out notes. Tiba-tiba aku disapa oleh kak Ida(owner kedai).

Kak Ida: Yunk!!! Name ko sape? akak selalu nampak ko tapi tak tau name.( dalam hati aku berkata,rasenya aku jarang masuk kedai ni..agaknya silap orang akak ni).hohoho

Aku: Atiq kak. (jawab aku ringkas)

Kak Ida: Kawan aisyah ea? ( tak hairanlah kak Ida ni tahu nama aisyah(ecak) sebab ecak selalu sangat beramah mesra di kedai ni)

Aku: A'ah kak. Coursemate sy.

Banyak jugaklah yang kami bualkan waktu tu. Macam sesi suai kenal pun ada aku rasa.huhuhu...kak ida2x...

Dipendekkan cerita..............................

Aku: Akak sorang je ke kat kedai ni?

Kak Ida: Ye atiq. Ade sorang staff akak tapi die masuk keje sebelah petang hingga malam. Akak tengah cari orang keje ni. Kalo ko ada kawan-kawan yang nak buat part time bolehlah cadangkan kat akak ea. Tapi kalau boleh akak nak yag ada moto then kalau boleh bawak kete lagi bagus. Senang cikit nak uruskan hal-hal kedai. Kalo atiq nak keja pon boleh.

Aku: InsyaAllah kak. nanti sy pikir dulu ea.

Seterusnya bal bla bla............................................berbual sampai ecak selesai print. Pape sy call akaklah nanti ea..Kami meninggalkan kedai dan rushing ke kelas.

Dalam bilik aku terfikir-fikir pasal kedai photocopy. Boleh ke aku kerja? Aku tak pernah kot pegang  mesin photosetet. Boleh ke aku bahagi masa antara kelas, assignment, berjimba dan lain-lain? Ahhhhhh try ler dulu. Tak cuba tak tau kan. Lagipun kerja dalam kolej juga. Tak ada cost tambahan apa pun, jimat, selamat, tak kena hujan sebab bangunan kedai bersambung dengan blok bilik aku. Bermula saat itu aku menjadi budak part time di kedai kak Ida. Seperti biasa kelas aku dari Isnin hingga Khamis padat hingga ke petang. Salah aku jugak sebab tak nak ambik kelas Jumaat. Haaa kan da pack jadual tuhhh... Padanlah degan muka aku.hohoho

          Pada awalnya aku hanya bekerja pada sebelah malam saja dari pukul  8:00-10:00 malam. Lama-kelamaan waktu kerja aku difleksibalkan mengikut masa lapang aku. Agak kecoh jugalah coursemate aku bila dapat tahu aku buat part time.Macam-macam yang mereka persoalkan. Antaranya... Eh kenapa atiq kerja? Dia ada nak beli apa-apa ke? Tak cukup ke duit JPA dia? Aku tak nampak point atiq kerja(ada juga yang mengeluarkan pendapat. Semua persoalan mereka tak direct tanya pada aku. Tapi cakap-cakap belakang kemudian disampaikan pada aku oleh kawan-kawan yang lain. Ada tu yang bagitahu aku malam selepas nampak aku kerja kat kedai dapat mimpi aku masuk hospital sebab terlalu penat kerja..Korang ni memang terbaiklah.an3x.... Reaksi aku?? Ahhhhhhhhhhhh pedulikan mereka. Kerja sewaktu belajar bukan perkara pelik pun. Cuma mungkin aku orang pertama kerja dalam kalangan kami, perempuan pulak tu. Yang lelaki pun tak kerja. Semua bersungguh-sungguh study. Itu je yang bezanya pun.

          Aku kerja sebab nak pengalaman. Agak skema ayat aku. Tapi itulah sebenarnya tujuan utama selepas tujuan kedua nak tambah duit poket. Aku memang suka amik setiap peluang yang ada selagi memberi manfaat untuk aku. Sebab lain adalah aku ni bukan jenis yang kuat study. Jadi selagi tak ada assignment atau test memang taklah aku nak buat revision. Nak exam baru study. Jadi memang banyaklah waktu free aku sepanjang di kolej. Sebelum kerja weekend ada saja aktiviti aku. Kalau tak balik kampung aku mesti melawat shopping mall berdekatan uni aku. huhuhuhu..... Yang paling tak berfaedah adalah pusing-pusing satu mall ke satu mall. Aktiviti kolej aku join sekadar nak dapat merit.huhuhuhu... So baik aku kerja kan.


          Seperti biasa, Isnin hingga khamis petang aku di fakulti. Sebelah malam aku kerja dari jam 8 hingga jam 10. Jumaat, kadang-kadang aku kerja full hingga malam kalau tak ada assignmnt, manakala sabtu kerja half day. So sabtu petang dan ahad je masa terluang yang perlu dimanfaatkan sebaik mungkin. Waktu tulah semua kerja-kerja yang tertunggak aku bereskan. Pada awalnya agak kelam-kabut jugalah jadual aku tapi semakin hari bertambah teratur jadual aku. Baru aku tahu betapa pentingnya pengurusan masa. 24 jam sehari   sekiranya dimanfaatkan dan diatur dengan sesempurna mungkin. Yang paling penting adalah quality time bukan quantity time.

          Semester berganti semester aku still setia dengan mesin photosetet. Aku memang tak ada masa untuk hang out dengan kawan-kawan. Time tu aku rasa macam mengalahkan menteri pulak busy nya aku ni....Hihihiihihok. Aku banyak menghabiskan masa dikedai dengan kak Ida. Kak Ida ni aku ibaratkan macam kakak akulah(kadang-kadang macam mak pun ada).  Selalu nasihat, kongsi pengalaman hidup dia, bagi ilmu( ilmu cari jodoh pulak tuhh), sesekali bagi tazkirah yang panjang lebar. Agak-agak panjang lagi tak boss??? (dalam hati aku)....hahahhahah

         Disamping kerja di kedai photocopy aku juga ada buat bisnes kecil-kecil. Aku jual pakaian  branded kanak-kanak secara online( mudah.com), pakaian wanita(online) dan tudung. Alhamdulillah agak menggalakkan hasil yang aku dapat. Aku buat tanpa ada pihak lain yang terlibat bermulalah dari modal dan penganggkutan mengambil barang-barang tersebut. Cuma aku menjadi  terlalu penat sebagai seorang pelajar. Mana taknya habis kelas kadang-kadang aku lepak kedai kak Ida. Aku kesian kat Kak Ida sorang-sorang je kat kedai  mesti bosan tahap dewa. Aku datang pun sekadar nak jadi kawan borak dia. Malam pula aku kerja sampai 10 malam. Kalau time aku nak tutup kedai ada pula budak request nak print assignment haaaaa atas dasar kemanusiaan ( ceehhhh ayat terbaik) aku dengan paksa rela bagilah dorang masuk. Pernah juga sampai ke pukul 11 malam aku tutup kedai. Kalau ada massage korang yang aku lambat reply tu sebab ni la. Maaflah aku tak pernah bagitau yang aku buat part time. Leceh pula nak explain nanti.Maaf ibuk2,bapak2....huhuhuhu... Tudung aku pula biasanya dijual selepas waktu  habis kerja.Kadang-kadang tak larat juga badan aku, letih sangat... Kalau dah tak larat sangat tu aku suruh je dorang datang bilik aku bila-bila masa dan berurusan dengan roomate aku. Jualan online aku hanya bertahan antara 4-5 bulan sebabnya aku terlalu penat. Jual secara online ni lagi penat sebenarnya. Penat sebab melayan pelanggan yang mempunyai 1001 soalan. huhuhuhu.. Pengalaman...Akhirnya aku stop  jualan online..Lapang cikit kepala ni.

          Aku hanya meneruskan legasi jualan tudung kerana tengah hangat dipasaran. Stocks tudung aku ambil di Jalan  Tun Abdul Razak(TAR) Masjid India. Kebiasaanya aku akan topup stock setiap hari Jumaat mengikut permintaan semasa. Pagi-pagi aku da get ready ke Jalan TAR . Memandangkan Uni. aku berdekatan dengan Jalan TAR jadi aku pergi seorang diri menaiki bas kemudian transit naik LRT menuju ke stesen masjid jamek. Dari stesen masjid jamek ke tempat mengambil stock mengambil masa kira-kira 30minit dengan berjalan kaki. Kemudian balik semula ke kolej dengan slumber badak membawa plastik besar berjalan-jalan. Kalau selesai urusan jual beli tu tengahari, jadi tengahari jugalah aku berjalan ke stesen dengan cuaca panas terik. Kadang-kadang aku tengok diri aku ni da macam orang India yang ada kat sekitar masjid jamek. Rupa pun tak jauh beza dah..hehheheh


          Pernah juga mak aku tegur aku supaya jangan sakit-sakitkan badan buat benda-benda ini semua. Lagipun aku dapat biasiswa, tambahan lagi setiap bulan aku dapat duit poket daripada family. Memang lebih dari yang cukup. Aku terima teguran tapi aku tetap teruskan. Prinsip aku selagi ada peluang aku tak akan lepaskan selagi aku mampu. Akhirnya seminggu sebelum cuti study week semester ni aku berhenti daripada segala jualan. Eh tak nak la kata berhenti, hmmmmm aku tangguhkan dulu la.Haaaa baru betul ayat. So kini tibalah masanya aku nak bagitau kak Ida yang aku tak dapat kerja pada semester depan. Selepas je aku habis exam semester ni pada Jauari 2013, aku akan ke Korea untuk program pertukaran pelajar selama satu semester. Waktu tu nanti aku nak rehat secukupnya. Aku nak pusing satu Korea, nak membawa hati yang lara ini...miagagaaaaaggggaaaaaa.... :D

Ok sekarang masa untuk study. Exam is around the corner. TUTUP BLOG UNTUK MINGGU EXAM

Selesai.... Hasil titik peluh aku selama ini untuk dibawa ke Korea. Alhamdulillah berbaloi usaha aku.
                                                 KOREA akuuuu daaaatang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
                                                                    Tunggu!!!!!!!
                                                           Sayonara Malaysia.............





Burger Kaw Kaw Punya Fasal

Tanak cita banyak cuma aku nak habaq yang kami sesat masa nak cari kedai burger kaw kaw ni. Larh area Subang Jaya je pon. Tapi memang lawak la bila ingat semula.. Mana taknye perut dah lapau tahap kebulur pastu pusing pusing entah mana.. uhhhhh Akhirnya setelah berpeluh peluh satu badan jumpa juga kedai yang dicari.. sampai je terus berlari order makanan. Arghhhhh lapiaq lapiaq.!!!!!!!!!!!!



Petang sebelum kejadian mencari burger kaw kaw ni kitorang dok plan nak lepak mana. Almaklum la da hujung semester. Kiranya time ni aku da habis paper untuk semester 5. Tapi yang lain lain belum habis lagi. Tetapi oleh kerana macam dorang nak gathering last time before aku & ecak nak  terbang ke Korea so ada la makan makan sikit.






Melisa & Ecak. Ecak coursemate aku merangkap bestfriend aku bermula di UM. ehh ehh kejap.. Yang belakang tuh ade buat peace. hahah.. baru pasan. join sekaki pulak mamat ni. ok tak apa kami maafkan.Tetiba je an ..huhuhu.Ecak ni banyak tolong aku dari segi lecture notes, assignment & everything. Aku sayang dia even aku tak pernah cakap kot kat dia. Malas la nak cakap nanti maluuuu...malu malu...sambil tutup muka guna jari...hahahaha




Una yang sangat opposite  n aku. so bila aku kata opposite tu means semua yang aku senaraikan dibawah adalah una yang berlawanan n aku. 

Sopan santun, aku??
tak pandai cakap "AKU" .. aku???
bercakap bila perlu .. aku??
ketawa tutup mulut.. aku??
bangun tido awal then tak tido semula lepas solat subuh.. aku??
tak ada buaya pren..aku?? aaa yg ni sama ok.
ada ayah lagi.. aku??
ada adik perempuan.. aku??
suka pink.. aku??
Pendek kata, una antara kawan yang sangat baik yang pernah aku jumpa. Panjang pula kata una adalah roomates aku since 1st year student in Uni. Malaya.






Ini Melisa. Ya Alllah nak cita pasal mel ni sikit. Haaa ni sorang lagi kawan yang baik juga yang pandai, sopan santun, tak sombong dan cantik. 1st time hang out dgn Mel. Tapi rasa macam dah banyak kali kan.. Awak rasa tak Mel?? Mel.. Mel...Mesti dia tak baca entry ni. Sapa suruh hang tak tanya dia directly?? Sengal ler hang ni NUAM (NUr Atiqah Masri)






Dia mai dah... Apa lagi moh sental.. Tettttttt.. Kejap kejap... Baca doa dulu na.Bismillahirrahmanirohim. Haaaa awat tetiba loghat utara ni che'...?? lantok larh...Jom ngappppp..Wowwww manyak shedap





Auuukkkk... Alhamdulillah.. kenyang.. Jom kemas kemas amik bag pastu bla...
Peace lagi untuk menunjukkan kami berada di zon yang damai.


Lagi dan lagi kami sesat. Sekali lagi... Hahahahah......So sampai kolej da agak malam sangat. Paling lawak dalam keta orang dok kalut cari jalan una boleh pulak menidokan diri. Adoyaii ngantuk beno gamaknye.. Cool tak dia? Kami bertiga dok ketengah ehhh ketepi ehhh kedepan ehhhh kebelakang ehhhh dia plak boleh buat tahi minyak..Tercita plak. Haraplah dia tak baca entry ni. soooriii moriiii....Nomnomnom..


Zzzzzzzzzz.......


NUAMNUr Atiqah Masri








posted under | 0 Comments
Newer Posts Older Posts Home

Viewers

Powered by Blogger.

Recent Comments