Permohonan Program Pertukaran Pelajar (Exchange Student)
Ini permulaan cerita. Aku yang berlatarbelakangkan seorang yang dibesarkan dalam keluarga sederhana.Sejak kecil memang menjadi impian aku untuk belajar sehingga ke menara gading. Pernah juga aku mengimpikan untuk belajar diluar negara. Namun aku biarkan impian itu terkubur. Aku kini menuntut di salah sebuah universiti tempatan di Malaysia. Cerita permohonan aku untuk menyertai program pertukaran pelajar terdetik selepas salah seorang sahabatku mempelawa untuk pergi ke International Student Centre(ISC) di Universiti tempat aku belajar. Setelah mendengar penerangan oleh pihak ISC aku pun mengisi borang permohonan. Didalam permohonan tersebut perlu dinyatakan tiga buah Univesiti yang ingin dipohon. Aku tak ingat antara universiti yang dipohon. Namun, yang aku ingat semua adalah universiti di Korea. Kenapa Korea aku sendiri tidak pasti. Mungkin juga pengaruh hiburan. Tapi aku bukan peminat setia drama, filem atau rancangan realiti. Aku sekadar ingin merasa bagaimana kehidupan di negara orang. Keinginan untuk berada di negara orang semakin hari semakin menebal. Oleh sebab itu juga hampir setiap hari aku ke ISC untuk mengetahui progress permohonan. Segala info dari pihak ISC aku baca dengan teliti. Hendak dijadikan cerita, suatu hari aku dimaklumkan bahawa universiti yang aku mohon tiada kekosongan. Perasaan hampa dan kecewa sememangnya tidak dapat aku sorokkan. Namun dengan perasaan percaya pada diri pada petang itu aku datang kembali ke ISC. Gerak ati aku mengatakan bahawa aku perlu kesana untuk kali terakhir bagi memuaskan hati. Aku sangat yakin dengan gerak hati aku. Sememangnya jodoh,ajal maut dan rezeki hanya DIA yang maha mengetahui. Aturannya untuk aku lebih baik dari yang aku jangkakan. Dimaklumkan bahawa Gachon University,Korea menawarkan program pertukaran pelajar dan semuanya dibawah tajaan mereka. Alhamdulillah, memang ini rezeki aku. Jadi bermula disaat itu aku perlu menguruskan beberapa dokumen yang perlu diselesaikan antaranya mendapatkan transkrip keputusan setiap semester, surat sokongan daripada pensyarah, surat sokongan daripada pihak fakulti dan pelbagai lagi surat. Aku rasa ini terlalu birokrasi. Tapi tak apalah bukan selalu berurusan begini. Sekurang-kurangnya aku boleh belajar bagaimana untuk berurusan dengan organisasi. Setelah semua surat diterima, aku juga perlu memohon surat untuk penarikan diri daripada semester berikut dan penarikan diri daripada tinggal dikolej kediaman. Seterusnya aku perlu membuat passport dan visa. Aku membuat passport di Wangsa Maju dan hanya mengambil masa antara 3-4 jam sahaja. Namun proses mendapatkan visa sedikit leceh bagi aku kerana Emmbassy of Korea hanya beroperasi dari 9am hingga 12pm bagi permohonan. Kemudian pada sebelah petang hanya untuk mengambil Visa. Visa pula hanya boleh diambil selepas tiga hari waktu bekerja. OK akhirnya segalanya selesai. . Aku hanya menghitung hari untuk meninggalkan emak, abang-abang, kakak-kakak, adik dan semua yang aku sayang.
Recent Comments