Begini & Begitu
Bila Aku berfikir,
Aku mula menulis,
Aku mula membaca,
Aku mula mendengar,
Aku mula menyoal,
Lalu Aku mula mengetahui,
Ini, Itu, Begini & Begitu.
" Cikgu, dari senyuman u aaaa , saya tau u orang baik. Bagaimana mereka boleh buat u begitu. Cikgu sabar aaaaa." Kata Cikgu Siew Ling dengan memek muka yang begitu terkilan dengan sifat manusia.. Arrr itupun Siew ling bini Acai Cincai Buncaii sudah muncul puuun.. Pelik pelik je name manusia sekarang. Aku tahu manusia sekarang makin lama makin pelik lebih lebih lagi pada tingkah laku mereka.. Manusia itu pada tafsiran aku adalah Luar Biasa.
Siew Ling itu manusia. Lalu bila dia manusia dia menunjukkan rasa simpati. Tafsiran kau mungkin saja berbeza. Simpati dia, bila sudah dapat dirasa di hati, aku jadi lemah. Sungguh aku merasakan itu.
Mahu saja aku berkata ini, itu, begini dan begitu. Namun semakin aku menahan, menidakkan apa yang ada di hati, semakin ia pantas menyekat di bibir. Lalu terputus kata kata. Aku tuduk sebelum memberikan senyuman yang aku rasa sekelat kopi yang dibuat oleh Belalang untuk bapaknya dalam cerita Nujum Pak Belalang. Sebenarnya bukan kopi tapi arang pada
Cerita klasik ini bagi aku jalan ceritanya mudah, tak berat otak untuk menerima sebab plotnya semacam tidak masuk dek akal atau sememangnya ia dongeng. Yang dongeng itu biasanya manusia mudah menerima sebab inginkan keselesaan sentiasa selamanya.. Apa dan bagaimana serta seterusnya ia di olah manusia mengikut kehendak semasa. Tapi yang sebetulnya realiti adalah sesuatu yang luar biasa berbeza woww...
Manis pada gula hanya dapat diketahui pada meraka yang pernah merasainya.
Lalu meraka akan berkata perrghhhh manisnya gula ini..sambil menari & menjilat jari. hihi
NuAMNurAtiqahMasri
Recent Comments