BICARA KATA

Hidup bukan seperti lakaran pada kertas kosong yang dikhayalkan. Manusia sentiasa berada dalam angan-angan dan keindahan. Sentiasa sahaja mahukan sesuatu kejayaan tanpa kegagalan kerana ia begitu menyakitkan. Ada kala sakit itu baik yang merupakan ubat untuk menyihatkan. 

Hidup dalam penyesalan adalah kesakitan yang berpanjangan dan lukanya sangat dalam. Jika putaran masa itu berlaku pasti lebih banyak orang yang mahu kembali dan memilih landasan yang seharusnya. Ada perkara yang memberi luka yang dalam pada hati. Jika masih terbit senyuman keadaannya sudah berbeza. Tiada lagi keindahan pada impian. Mengapa ia wujud dan menghalang untuk merasa bermakna?

Perkara itu perlu segera dibiar pergi seperti angin yang berlalu. Bagaimana untuk melupakan jika ia masih berlaku dan tidak dipulihkan? Jika ada sentuhan hati yang baik dan bisikan emosi yang mampu membuat jiwa melupakan pasti ia mudah sahaja untuk dirawat.  Sukar untuk melupakan sesuatu yang telah memberi luka dihati kerana emosi dan hati itu tiada nilai tandingnya dengan apa pun perbandingan di alam ini. Melupakan lebih bermakna jika dihadiri dengan kemaafan yang dikesali dan diungkapi dengan bicara kata dan naluri yang berjiwa. 

Hidup bukan sekadar itu ia perlu bermakna kerana Allah. 


                                       

                                          NuAMs








TERLENA


Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena.Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi. Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar. Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan. Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan.

Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur berseronok dengan usia ?. Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan “Tok Wan, Atuk, Nenek” menandakan kita sudah tua. Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah buat. Astaghfirullah, ternyata sedekah tidak seberapa dan infak cuma sekadarnya, mengajarkan ilmu juga tidak seberapa, silaturrahim kurang terjaga.Justeru, apakah roh ini tidak akan melolong, meraung, menjerit menahan kesakitan di saat berpisah dari pada tubuh ketika Sakaratul Maut ?.

Tambahkan usiaku ya Allah, aku memerlukan waktu untuk beramal sebelum Kau akhiri ajalku. Belum cukupkah kita menyia-nyiakan waktu selama 30, 40, 50 atau 60 tahun ?. Perlu berapa tahun lagikah untuk mengulang pagi, siang, petang dan malam hari, perlu berapa minggu, bulan, dan tahun lagi agar kita Bersedia dan SIAP untuk mati ?. Kita tidak pernah merasa kehilangan waktu dan kesempatan untuk menghasilkan pahala, maka 1000 tahun pun tidak akan pernah cukup bagi orang-orang yang terlena.

                                               

                                 TERLENA | BUYA HAMKA


 

 

posted under | 0 Comments

Buih

Terima kasih untuk kebaikan juga kenangan. Disuatu masa mendatang akan aku kembalikan yang satu ini. Sebanyak buih di lautan aku tak sudi. Aku janji!



                              NuAMs

posted under | 0 Comments

RODA

Seolah olah alam ini berputar dan kau seperti tidak bersama




                            NuAMs.. 

posted under | 0 Comments

Terbang

Terbang lebih tinggi daripada enggang dan tidak berpatah balik

posted under | 0 Comments

Banyaknya Malu

Bagi aku perkara sebegitu sangat bodoh seperti tidak mengambil tahu dosa itu walau sekecilnya apatah lagi besarnya yang manusia sering suka lakukan. Betapa banyak tidak malunya makhluk yang bernama manusia kepada yang Maha Pemberi Nikmat. Menjadi manusia akhir zaman manusia itu kukira lebih dahsyat menghayati erti seorang hamba juga erti hari kebangkitan semula dan juga kewujudan syurga neraka. Aku manusia juga hamba yang sering alpa sering berbuat maksiat. Bilamana kau berdua seterusnya mempunyai anak tidak lain impian soleh dan solehah yang kau bayangkan dipengakhiran  hidup. Bagaimana mungkin wujudnya kebaikan tidak lain dari benih juga didikan yang baik. Adakah kau selayaknya sudah mempamerkan akhlak yang paling baik kepada insan yang kau gelar anak. Adakah disuatu masa nanti mereka sudi menggelarkan kau sebagai role model? Pergi sana  Muhasabah diri.

posted under | 0 Comments

FANTASI

Aku lebih gemar berada dalam dunia FANTASI yang aku cipta mengikut skrip yang aku rangka berbanding berada di dalam dunia realiti dan nyata.


FANTASI itu menghayalkan aku seperti aku sedang berada dalam dunia cinta berbunga sedang menikmati manis pada madu yang paling berharga nilainya.

FANTASI menjadikan aku manusia yang lupa akan sedih dan sesak di hati yang  nyata.

Walaubagaimana pun pendapat Kau tentang FANTASI aku masih sedang berada di dunia buatan itu.

Terima kasih kerna berjasa sehingga kini. Namun esok semakin mustahil untuk diketahui.










posted under | 0 Comments
Older Posts

Viewers

Powered by Blogger.

Recent Comments