BICARA KATA

Hidup bukan seperti lakaran pada kertas kosong yang dikhayalkan. Manusia sentiasa berada dalam angan-angan dan keindahan. Sentiasa sahaja mahukan sesuatu kejayaan tanpa kegagalan kerana ia begitu menyakitkan. Ada kala sakit itu baik yang merupakan ubat untuk menyihatkan. 

Hidup dalam penyesalan adalah kesakitan yang berpanjangan dan lukanya sangat dalam. Jika putaran masa itu berlaku pasti lebih banyak orang yang mahu kembali dan memilih landasan yang seharusnya. Ada perkara yang memberi luka yang dalam pada hati. Jika masih terbit senyuman keadaannya sudah berbeza. Tiada lagi keindahan pada impian. Mengapa ia wujud dan menghalang untuk merasa bermakna?

Perkara itu perlu segera dibiar pergi seperti angin yang berlalu. Bagaimana untuk melupakan jika ia masih berlaku dan tidak dipulihkan? Jika ada sentuhan hati yang baik dan bisikan emosi yang mampu membuat jiwa melupakan pasti ia mudah sahaja untuk dirawat.  Sukar untuk melupakan sesuatu yang telah memberi luka dihati kerana emosi dan hati itu tiada nilai tandingnya dengan apa pun perbandingan di alam ini. Melupakan lebih bermakna jika dihadiri dengan kemaafan yang dikesali dan diungkapi dengan bicara kata dan naluri yang berjiwa. 

Hidup bukan sekadar itu ia perlu bermakna kerana Allah. 


                                       

                                          NuAMs








posted under |

0 comments:

Post a Comment

Older Post Home

Viewers

Powered by Blogger.

Recent Comments