Sweet 19th Aku



Kini aku diusia 19 tahun. Masih bersekolah dalam tingkatan enam. Tahun ini aku bakal menghadapi peperiksaan paling besar sepanjang hidup aku. STPM, Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia bukan Sijil tunggu Peminangan Masuk. Hohohoho..... Hari-hari aku sebagai seorang pelajar sememangnya sibuk dengan aktiviti mengulangkaji pelajaran. Aku ke sekolah seawal 7 pagi dan biasanya akan balik pada jam 5  petang. Selepas waktu sekolah tamat kira-kira jam 2 petang aku terus stay di sekolah bersama kawan baik aku ainsyah untuk ulang semula apa yang cikgu ajar pada hari tersebut. Maklum sajalah aku ni selalunya bukan ingat apa yang cikgu ajar. Cepat sangat lupanya. Macam tulah kehidupan seharian aku sebagai seorang pelajar tingkatan enam.


Harapan aku pada tahun ni adalah ingin menjadi pelajar terbaik STPM. Cikgu aku kata tak salah bercita-cita tinggi. Tak salah juga cuba untuk terbang tinggi kerana sekurang-kurangnya kita mencuba walaupun jatuh. Ok , itu harapan aku di usia 19 tahun. Hadiah paling aku sayang setakat ini adalah hadiah di bawah ini. Segalanya terungkai di dalam video tersebut.  yuhuuuuuuuuuuuuu...




                                                                   Terima kasih beb.
                                                      Hadiah yang aku rasa sangat bernilai.....


                                                          Selesai,,,,,,,,,,,,,,,,

posted under |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Home

Viewers

Powered by Blogger.

Recent Comments