Kadang Kadang

Isnin (hari ni)...Selasa...Rabu....Khamis dan.. dan Jumaat bersamaan 13/12/2013... Pastu tamatlah sudah sesi latihan industri aku. hipp..hipp..HOREYYY katenye... Tiada lagi gelaran ' budak praktikal ' yang sememangnya gelaran wajib bagi setiap pelajar yang menjalani latihan industri. Perasaan??? Hurmmm biasa saja.. Tak suka sangat.. Juga tak sedih sangat.Terima Kasih yang tak terhingga aku ucapkan pada kakak kakak dan abang abang di sini sebab baik sangat sangat dengan aku.Bercerita tentang pengalaman.. Semestinya banyak.....Pengalaman yang pastinya tidak akan boleh dibeli dimana mana.Bagi aku ke mana saja aku pergi walau singkat tempoh masanya tapi pengalamannya sangat berharga. Setiap masa dan setiap tempat ada ceritanya yang tersendiri.. Ada keistimewaannya yang tersendiri. Yang baik semua aku kutip, aku simpan dan aku praktikkan, manakala yang buruk aku jadikan ia sebagai satu PERINGATAN untuk aku memperbaikinya kini dan  bila tiba masanya nanti. InsyaAllah....

Komputer DELL dihadapan aku milik kerajaan yang aku guna perkhidmatannya sejak 2 minggu lepas juga ada ceritanya. Cerita yang hanya aku dan DELL saja yang tahu.. huhuhu...okehhh.. Eh sat sat sebelum tuh nak mintak izin kerajaan sebab aku menggunakan harta kerajaan mengupdate entry ni. Mohon izinnya ye Tok...hewhew...


Khamis dan Jumaat lepas, aku cuti sebab hantar report LI & buat visa. Jadi total cuti aku 4hari ,sambung hingga ke Ahad....uhhh selesa kot....Aku gerak seawal 7 pagi untuk ke stesen kereta api berhampiran bersama fatiha, fara, nushi n adik fara. Fara , Nushi n adik Fara sebenarnya baru je aku kenal. Dorang ni kawan fatiha la sejak sekolah rendah lagi. Jadi aku n dorang ni berlainan sekolah rendah. Tia(Fatiha) merupakan classmate aku sejak form 4 lagi. So kebetulan kitorang ade urusan yang sama jadi menumpang kereta Fara hanya sampai di stesen tersebut sahaja.Kemudian kami berpisah. Aku dan tia still bersama menyelesaikan urusan kami.


Pengalaman kedua membuat visa bagi aku selepas pengalaman pertama membuat visa untuk ke Korea. Kali ini visa di buat di Hampshire Place. Kemana agaknye ehh kitorang nak p..huhuhu.. Uoollss cari sendiri ler embassy ape yang ada di Hampshire Place. Kali ini aku menggunakan perkhidmatan LRT untuk ke building tersebut...(KL Sentral- Ampang Park-Hampshire Place).. Alhamdulillah proses membuat visa sangat mudah, kurang birokrasi dan paling penting time tu tak ramai orang. So dalam masa 15 minit semuanya settle. Cuma... Hurmmm harga buat visa dah dinaikkan daripada RM55 ke RM85 untuk single entry. uwaa lari sikit bajet aku. Tapi berjalan punya pasal semuanya okeh.. bisa aja kok....kan...


Selesai urusan visa kami ke Times Square (TS) menaiki Monorel  ( Ampang Park- Dang Wangi- Imbi) yang sememangnya jadi tumpuan ramai student. Maklum sajalah harga pakaian yangs sangat murah yang memang mampu bagi seorang student untuk membeli. Tapi kali ni aku shopping ala ala kadar sebab kena save bajet.. Nak travel le kate kau... Selesai semua balik ke UM menaiki Monorel juga ( Imbi- Kl Sental- Universiti)..


Sepanjang perjalanan menuju ke stesen Universiti hujan turun dengan lebatnya. Alhamdulillah hujan rahmat... Hujan yang kebiasaanyanya turun pada penghujung tahun. Tika itu mata aku tertumpu memerhatikan titisan hujan yang membahasi cermin tingkat LRT.... Ya Malaysia di zon tengkujuh kini.Hujan yang turun tidak henti henti menyebabkan beberapa buah negeri mengalami banjir. Ya Allah semoga bencana yang kau turunkan akan menjadikan kami ( hambaMu) sentiasa bermuhasabah diri. AstaghfirullahAlazim..AstaghfirullahAlazim......


Keluar dari perut bas, hujan masih belum berhenti. Hujan yang lebat menyebabkan aku dan Tia terpaksa stay di pondok bas. Mata aku tertumpu pada seorang wanita yang kecil molek, kulit cerah, berbaju kurung, sopan santun gayanya dan dan dia menyapa aku. Atiq!!!.Then aku membalas dengan memanggil namanya Sara (bukan nama sebenar).... Sara adalah coursmate aku di UM, hanya bertegur sapa jika terjumpa. Ada cerita antara aku, Sara & Dia ( lelaki itu ). Pastu kami berborak borak, namun perbualan kami sesekali diulang ulang dek kerana hujan yang lebat menghalang pendengaran kami. Sara stay di kolej ketika buat latihan industri. Jadi dia berulang alik dari tempat kerja ke kolej pada setiap hari.



 " Ada cerita antara aku & mereka. Cerita yang harus aku simpan sampai akhir hayat aku. Tuhan memang sebaik perancang. Setelah ditemukan aku dan mereka kemudian dipisahkan aku dengan mereka atas satu masalah berkaitan "hati ", kemudian dipertemukan semula Aku & Sara dalam keadaan yang tak disangka sangka. Besar sungguh kuasaMu Ya Rabbi... Aku yakin pertemuan ini sengaja dirancang oleh Allah untuk menghilangkan perasaan syak wasangka aku pada Sara. Sara menghulurkan sekaki payung kepada aku selepas kawan sebiliknya datang menjemputnya membawa 2 kaki payung. Ya ternyata Sara baik orangnya. Dia sanggup berkongsi payung dengan kawannya semata untuk beri pada aku. Kami berjalan menuju ke kolej. Hati kecil aku berkata yang aku tak akan lagi menyimpan perasaan buruk pada Sara dan Dia (lelaki itu). "

Pada malam tersebut kebetulan Sara & Dia ada bersama di cafe tempat aku lepak bersama kawan kawan. Di ketika itu payung dipulangkan kepada tuannya. Namun Ya Allah aku manusia biasa yang mudah lupa pada janji. Janji yang aku tak akan berfikiran -ve pada mereka. Sekali lagi aku terkilan kerana Dia langsung tidak menyapa aku.Cuma sekeping senyuman menandakan aku wujud ketika itu.oolalala... Bagi aku yang lepas adalah lepas. Percaya saja pada jodoh. Sekiranya Dia menyapa aku, itu tak bermakna aku akan menyangka bahawa Dia masih ada perasaan terhadap aku. Releks brader, brader rileks..Ya aku tahu Dia ingin menjaga hati Sara. Namun sebagai manusia yang sudah berusia 23 tahun aku kira Dia seharusnya tahu adab berkawan. Mereka baik dimataku, menjaga adab berpakaian, adab bercinta, menjaga maruah dan meletakkan Allah paling atas dalam hubungan mereka..Itu aku pasti..Namun kenapa mereka tak menyerahkan 100% jodoh itu ditanganNya.

Apa kata berkawanlah dengan semua orang selebihnya serahkan pada yang berhak. Tak perlu removed friend, tak perlu tiba tiba berubah sikap dengan aku.. tak perlulah kan... kan..Aku & Kau juga ada ceritanya..Aku simpan dan kau, aku pasti semestinya masih belum hilang ingatan..Tak boleh ke bero??? Aku boleh je...Shempoi...Anda tanya & Anda jawab...yuhuuuuuu

 Aku menumpang tido dibilik kawan. Husna, Melli & Nik memang banyak berjasa. Aku kerap tumpang bilik mereka setiap kali mai UM.Mereka sentiasa menerima kehadiran aku dan melawa lagi untuk stay bilik mereka... InsyaAllah...Terima kasih korang... Keesokkan harinya, laporan dihantar di fakulti. Ohhh ya, di fakulti itu mata aku sering kali menjeling jeling mencari Mr.X  (bukan nama ic) sejak aku bergelar pelajar di UM. Mungkinkah ini cinta?? atau aku sekadar menjadikn Mr.X  "secret admire 'aku???....Aku sendiri tak pasti. ..Agrhhhh.. Kadang kala minda aku mudah berfantasi.








Buat Mr.X...Ada X ada power.Ada segalanya...Bomm.Gherrrrr







             NuAMNurAtiqah Masri























posted under | 0 Comments

Tika Ini

          Ya Allah bosannya duduk rumah sorang sorang. Dah lama aku tak bersendirian. Lebih lebih lagi sejak aku buat praktikal yang berdekatan dengan rumah. Sejak balik dari program pertukaran pelajar aku banyak menghabiskan masa di rumah. Ini niat aku bila balik Malaysia. Selalu emak sentiasa ada di rumah, aku je yang selalu tak duk rumah. Hari ni aku tinggal sorang di rumah.ya Allah sunyi sangat... Baru aku faham macam mana rasa bila tinggal bersendirian. Emak memenuhi undangan kenduri di rumah kawannya. Kenduri esok tapi ini pergi  gotong royong @ orang kampung aku panggil ‘merewang’. Selesai mandi dan solat zuhur aku duduk dihadapan tv. Huhhh ari ni aku terlewat mandi sebab cuaca yang sangat sejuk. Maklum sajalah musim tengkujuh kan. Tiada rancangan tv yang menarik. Fikiran terus melayang. Banyak yang aku fikirkan. Tapi saat ini yang menduduki carta pertama difikiran aku adalah terbayang bayang wajah seorang lelaki. Wajah yang tenang, lembut dan penuh dengan kasih sayang.Astagfirullahalazim..Ya Allah... Aku lantas masuk ke bilik dan membuka laptop terus ke sign in blogger.

          Ooh ya, aku yakin hati ini, tika ini  aku ingin menulis sesuatu tentang seorang lelaki yang memberi inspirasi untuk aku update entry kali ini. Seorang lelaki yang berusia penghujung 40-an menjadi inspirasi untuk aku terus mencapai kejayaan di dunia ini. Bercerita detik aku meminta sesuatu daripada lelaki tersebut. ketika itu aku diusia 16tahun (2006). Keinginan aku untuk mempunyai motor sendiri diluahkan kepada lelaki itu. Waktu itu scooter ego menjadi idaman aku sewaktu di tingkatan 4. Ohhh tak mungkin aku lupa…

          Minggu tersebut paling bahagia bagi aku kerana abang dan kakak aku cuti lama. Sabtu pagi yang indah kami adik beradik berada di dapur. Haaa mulalah keluar skill memasak sorang sorang. Walaupun hanya masak kuew tiaw goreng tapi riuh rendah dapur. Huhuhu… Hurm sumpah aku rindu saat itu. Dalam riuh rendah di dapur, kami menerima satu panggilan telefon. Panggilan telefon yang paling keramat sepanjang hidup aku. Panggilan telefon yang mengkehendaki kami adik beradik datang ke hospital.  Ohh ya panggilan itu dari emak kami. 


          Masih segar dan setiap saat apa yang berlaku tika itu sentiasa lekat di kotak fikiran aku. Pagi yang indah itu bertukar menjadi pagi yang cemas. Cemas tentang berita lelaki itu sedang bertaruh nyawa. Kalut aku adik beradik ke hospital. Berat kaki ini melangkah masuk ke ward CCU.  Terasa macam membawa beban dikaki. Terlalu berat dan lemah untuk meneruskan langkah. Inalillahwainailaihirojiun..Ya Allah semua ini bagaikan mimpi bagi aku. Kulihat ketika itu Sekujur badan seorang lelaki yang baru saja nyawanya di ambil oleh PenciptaNYA. Lelaki itu adalah ABAH aku. Abah sudah ditahan di ward sejak khamis sehari selepas aku dna rakan rakan membuat roket di rumah. Mulutnya yang masih bergerak gerak menandakan berakhirnya perjalanan abah di bumi Allah ini sebagai seorang hamba. Terputus juga hubungan abah dengan dunia, dengan isteri , anak anak juga dengan segala isi dunia. Tiada kata yang mampu aku lafazkan tika itu. Aku hanya mampu menangis. Berakhirnya sebuah kehidupan abah dengan meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak yang masih tercari cari hala tuju kehidupan yang masih panjang, masih jauh...

          Di usia 16 tahun, aku diuji dengan ujian kematian. Kematian seorang abah yang menjadi penguat dalam hidup aku. Ku kira diusia itu aku terlalu muda untuk menghadapi ujian yang seberat itu. Hari hari aku ketika itu ditemani air mata. Syukur Alhamdulillah aku dikelilingi orang orang yang sentiasa memberi kata kata semangat juga menasihati aku agar redha serta panjatkan doa kepada yang maha Pencipta. Hati ini mudah tewas dengan pujukan syaitan yang cuba untuk merosakkan fikiran aku. Ayat ayat suci Al- Quran sememangnya cara terbaik untuk menenangkan jiwa. Sejak itu setiap kali musibah yang datang pada aku, Al-Quran menjadi tempat menenangkan jiwa. Namun aku akui ujian paling berat adalah ujian kematian. Aku kehilangan abah, emak juga menjadi ibu tunggal dalam usia 40an. Bukankah terlalu awal??? sering hati jahat ini berkata kata. Aku seakan tidak redha dengan ketentuan Ilahi. Astaghfirullahalazim... Ya sesungguhnya mati itu tidak mengenal usia. 

         Masih…. Masih aku ingat isnin pagi selepas kematian abah. Aku dikejutkan dengan sebuah scooter berwarna hitam. Ya Allah rupa rupanya abah telah membelikan sebuah scooter yang menjadi idaman aku. Ya Allah .. Sungguh aku terkilan…Terkilan sebab aku tak dapat nak ucapkan TERIMA KASIH.

                      TERIMA KASIH… ABAH

     Rasa terkilan bila tiqa tak dapat nak ucapkan terima kasih pada abah. Terima kasih sebab dah memenuhi kehendak tiqa. Tapi abah, sejak dari abah tiada, tiqa selalu terdengar dengar suara abah kejutkan bagun pagi. Kalau dulu sekali saja suara abah panggil nama tiqa untuk bagun pagi, sepantas kilat tiqa akan bangun. Kini emak mengambil alih tempat abah. Memang mak banyak lembutnya. Kadang kadang tiqa terlajak bangun subuh sebab tak dengar suara mak kejutkan bangun pagi. Jika abah ada juga mesti semuanya tidak sama seperti sekarang. Tidak sama sekali..Jika abah ada tika ini, tiqa dalam usia 23 tahun. Tiqa masih belajar di UM. InsyaAllah tahun depan habis belajar. Emak semakin tabah dan bijak mengurus rumah juga anak anak. Abang aki & kak ida dah kahwin abah. Abah da ada 2 orang cucu yang sangat bijak, Aisy Iman dan Aina Saffieyah. Adik awi dan abang ani masing masing dengan bidang yang mereka minat. Alhamdulillah semuanya baik baik saja abah.

          Abah sejak abah tak ada tiqa semakin kuat dan pandai berdikari. Tiqa dah besar abah. Tiqa bukan lagi budak hingusan yang manja. Tiqa sentiasa jadi pembantu emak kalau emak perlukan apa apa. Tiqa dah boleh bezakan yang mana baik dan buruk. Sebolehnya tiqa tak nak susahkan semua lebih lebih lagi mak. Sebolehnya juga tiqa nak usaha sendiri. Cuma sekali sekala kalau tiqa dah tak mampu nak buat sendiri tiqa akan mintak tolong abang abang, kakak dan adik. Sekarang semua sibuk dengan komitmen hidup masing masing. Tiqa tak salahkan mereka sekiranya lupa nak tanya kabor tiqa, sebab tiqa tahu tiqa masih ada mak. Sekarangkan abah, apa apa yang tiqa nak buat mesti mak jadi sumber rujukan pertama. Tiqa cuba untuk tak susahkan dan bagi bebanan kat mak sebab tiqa tahu mak da puas susah sejak abah tak ada. Mak memang cekal. InsyaAllah tiqa tak akan lupa dari mana asal usul tiqa. InsyaAllah tiqa akan dapatkan restu mak dalam apa apa jugak tidakan tiqa.

       Abah… Tiqa mintak maaf kalau lama tiqa tak kirimkan doa buat abah. Tiqa jiwa muda yang kadang kala lupa tanggugjawab sebagai seorang anak. Lupa juga anak yang baik adalah anak yang sentiasa berbakti kepada ibu bapanya yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. InsyaAllah abah tiqa akan sentiasa doakan abah agar diberi kesejahteraan disana juga ditempatkan bersama orang orang yang beriman. InsyaAllah Abah…..Abah tiqa redha dengan pemergian Abah. Abah adalah abah yang yang terbaik buat tiqa, abang abang, kakak dan adik. InsyaAllah orang yang baik akan mendapat balasan syurga. Itu janji Allah abah. .


    Hidup ini tak semua yang kita nak kita dapat. Aku memang bayangkan yang pada usia aku 23 tahun ini aku masih ada abah. Emak juga pernah kata yang beliau membayangkan dapat melihat anak anak membesar, ada keluarga bersama abah diakhir akhir usia mereka. Tapi semua ni hanya rancangan kami sebagai hamba. Segalanya berubah..Perancangan Allah memang berlainan dengan perancangan hambaNYA. Perancangan Allah adalah perancangan yang terbaik buat hamba hambaNYA. Hikmahnya tersangat luas. Cepat atau lambat juga bergantung pada perancangan Dia. Kita sebagai hamba jangan mudah putus asa dan sentiasalah setia denganNYA. Kerana apa?? Kerana Allah tidak akan memberi sesuatu ujian kepada hambaNya sekiranya mereka tidak mampu untuk menghadapi ujian tersebut.


“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…
                                      ( Al-Baqarah: 286)


481363 383318548392655 705639850 n 300x238 Ujian Itu Hadiah Dari Allah
                               


Justeru, Ayuh NuAm( Nur Atiqah Masri) !!!!!!


Jika saat ini kau sedang diuji, sesungguhnya  kau harus bersyukur dan berbahagialah  kerana apa? 

KERANA  UJIAN itu HADIAH dari ALLAH.. Hadiah buat kau dan keluarga.


Hari ini 07 Disember 2013. ...Sedar tak sedar ,7 tahun 5 bulan abah telah meninggalkan bumi Allah ini. Meninggalkan juga kami sekeluarga. 

Al-Fatihah buat ayahanda Masri Bin Manap.. Semoga sejahtera disana dan ditempatkan bersama orang orang yang telah dijanjikan syurga. Amin.( 29/12/1956 - 22/07/2006 )




NuAMNur Atiqah Masri

posted under | 0 Comments

Allah Knows what the best for Me , for You & for Him

ooo ya, diusia aku 23 tahun aku masih single. Means that yang aku masih tak ada special Buaya Friend. oooo peoples keep asking me this killer of question. ooohhhh My God. Always and always Why arrr??. Not even my friends but also my makcik, my pakcik, my cousins senang cite semua yang mengenali aku. Lagi stress bila macam aku dapat undangan kawen atau undangan tunang ke hape soalan itu yang 1st akan keluar. uhhh. Typical question kot. Aaa NuAM( aku ) bila lagi? Aku macam senyum senyum tersipu malu la nak jawabkan. Sebenarnya dalam hati aku ni berkata ishhhhh plisss la soalan yang macam entah apa apa. Rileks aaa nanti sampai waktu aku heboh kat semua orang kan.Memang jadi emo aku kalo soalan yang such a nonsense ni keluar. Tapi tak de aaa aku tempe depan dorang. just cakap dalam hati. kenapa arr aku tak senang with this kind of question???

THAT BECAUSES:-

? memang aku tak ada special buaya friend 
? aku rasa macam muda lagi
? terlalu awal nak berkasih sayang dgn some1 yang akan bergelar SUAMI.. Gherrrrr
? Allah masih rahsiakan jodoh aku. sebab aku dengar orang kata kalo seseorang tu jodoh kite then kite jumpe terus dah suke. macam cinta pandang pertama. & kebetulan setakat ni tak ada pon rase tu..haaa belum lagi lah tu
? aku serahkan semua urusan ni pada yang berhak
? lagi, sebab dorang ingat cukup umur je terus dah boleh kawen..aa macam tu? ooo tidak bagi aku. aku belum cukup ilmu untuk kealam itu. bhurrrrrrrr
? ingat senang ke nak pilih.. macam pilih baju kat online tu.ha nak yg ni, yg ni seterusnya yg hini.. tak mudah oke. ini melibatkan generasi oke. so ya, aku memilih orangnya. tapi bukan materialistik oke. cuma nak pastikan yang dia sememangnya jodoh dari Allah bukan kehendak aku semata mata. 


oo ya, Seems like aku ni seorang yang memilih. Sebenarnya bukan , tidak sama sekali. Biasanya orang akan kaitkan memilih ni dengan harta kekayaan. Tidak bagi aku. bukan kekayaan dan luaran semata mata.

 Apa ada pada kaya dunia jika miskin akhirat?
Apa ada pada tingginya ilmu dunia jika ilmu akhiratnya diabaikan?
Apa ada pada pangkat  jika terlalu sibuk dengan urusan dunia?
Apa ada pada hensemnya rupa jika jarang dibasahi dengan wudhuk?
Apa ada pada semua ini jika keluarga terabai? means pendidikan dunia & akhirat both must be balance.

oo ya, aku hidup pada zaman serba moden,. Segala maklumat dihujung jari. Ada orang berpendapat like a masa muda ni la kite kena enjoy with anything what we want to doe. Macam melepak, ada bf/gf, explore benda baru yang happening & ect.. I'm not anti-social. Bukan sama sekali. Aku bersosial jugak cuma aku pegang prinsip yang apa pon yang aku nak buat still ada batasan. sometimes ada jugak orang yang kata eleh macam baik je .. releks r beb. Enjoy aaa mase muda ni.. Ehhh korang ingat orang muda tak ada yang mati ke? ingat orang tua je ke yang akan mati? Hello.. tak kirala berapa umur kita yang HARAM still HARAM ok sampai bila bila. fulllstopppppss...nokhtah.. dot dot dot

ehh kenapa sampai halal haram ni? oke,, macam ni the explanation. For example, aku suka pada some1. then we both couple. bila da couple mesti la feeling tu lain macam kan. macam rasa nak terbang kesana kemari.. yelah dunia ni bagai kami yang punya. so mula mula just sms/wassup/call then lama lama mula la rindu rindu..uhhh menyampasss.. pastu lepas rindu rindu mula dah nak jumpa jumpa.. haaa mula la time tu dating kat pokok taugeh (yg ni ustazah aku yang kata). huhuhu...Bila dah dating tu haaa ada la pulak orang ketiga (syaitan) yang asik la dok menghasut. Aku ni yang lemah iman apa lagi terpedaya dengan hasutan syaitonirojim.. pastu pastu.... haaa macam macam boleh jadi kan.. uhhh nauzulillahiminzalik.... ni contoh oke. haa ni la yang akhirnya aku maksudkan haram. That why la aku memilih untuk single atau nak mudah faham aku bercita cita nak cari cinta selepas kawen. maksudnya?? haaa jgn buat buat tak faham. aku nak bercinta selepas kawen larhhh.. ehh tak takut ke macam tersalah pilih? aku dulu mcm tulah selalu tanya soalan tu kat membe membe. tapi bila banyak dah pendedahan dari banyak sumber pasal hikmahnya bercinta selepas kawen aku jadi terbuka. aku percaya yang setiap orang ada jodoh mereka. Baik atau buruk jodoh kita bergantung pada baik atau buruk diri kita sendiri. so kalo aku nak yang terbaik aku juga kenalah jadi yang terbaik. mane mungkin lelaki yang baik nak wanita yang entah apa apa kan. soo fair & square la... so dari sekarang aku kena la usha usha perangai sendiri before aku usha perangai si dia.... uhhhh malu aaaa cakap benda ni. nak sangat kan update entry cinta? nilah jadinya....yihuuuuuuu...


kalo ada dua pilihan :-

 | kurus @ gemuk?  

| tinggi @ rendah? 

| gelap @ cerah?

| hidung mancung @ hidung kemek? hahaha yang ni lawak..

| rambut lurus @ kerinting ?

| berkumis @ bermisai?


ya tentu sahaja aku akan memilih yang sempurna dimata manusia. tapiiii belum tentu sempurna dimata Allah. ye dak?? so ,,,jadi ,,,,(lewah disitu) aku serahkan semuanya pada DIA yang berhak keatas hamba hambanya. Mungkin pilihan hati aku itu  baik bagi aku tapi tidak baik pada pandnaganNYA.. Allah knows what the best for me also for him. So let Allah decide. 




"Lelaki kalau dia belum cukup menunaikan solat lima  waktu bermakna dia belum layak bergelar suami"
                                              by Ustaz Azhar Idrus(UIA)

So gurlsss kalo yang dah ada buaya friend tu usha usha la waktu solat dorang macam mana. Agak agak time waktu solat tu apa lah aktiviti dorang. Tak pon kalau time date tu ( mintak elakkan dating mendating ni) uji dengan soalan yang konon konon korang tak tau lebih lebih lagi bab agama ni.  Tapi pastikan korang study dulu before tanya.. Time tu buat buat la blurrr tahap cipanzi. contohnya tanya part rukhsuh solat. haaa kat sini boleh tau dah dorang alert tak bab solat. Cer try tanya macam mana nak solat qasar + jamak. Tengok jawapan dorang macam mana. Ada care ke tak de care jawapan dorang tuh.. haaa then  kalo  jawapan memuaskan kira past la untuk part tu. kalo tak past tepuk dada hangpa then tanya iman, akai semua. boleh teruskan dak??? oke selamat mencuba.



                                NuAMNur Atiqah Masri   

Ceritera Kak Ton Dah Kawin, Yang Lain Sooo Over excited!!!!!

Dup Dap Dup Dap dup dappppp..... Uhhhh terasa aura pengantin time update entry ni.Pak pak pong..pak pak pong bunyi kompang...isshh lain benor pulak bunyi kompang aku ni.btw suka hati aku lah kan nak kompang lagu mana pon.. Tapi lari pitching ..lantoklah..ehhhh ape merepak jauh sampai hujung dunia ni... oke oke we focus...uhhhhhhh tarik nafas...Yeahhhh dah ada idea nak taruk cite dalam blog ni.. Ni cite last & last week member aku nikah. So nak share la detik detik manis dia menjadi raja sehari.. Ini 1st undangan kawen dari kawan yg aku berkesempatan datang untuk tahun ni. So bila 1st tuh mesti la sangat sangat over excited nak mai kan. Alhamdulillah ( hujan bawa rahmat) masa sampai je then buka pintu keta aaaa hujan mencurah curah membasahi bumi. Tidak terkecuali jugak aku dan kawan kawan lain.Apa lagi pecut aaa lariiii...




 Sampai je terus aku nampak benda alah ni semua then aku pon cepat cepat meninggalkan contengan dibuku sebagai kenang kenangan buat pengantin baru...yuhuu. Mai aku kenalkan member member aku.yg tudung kuning tu x perlu nak kenalkan la. yg tudung kelabu tu cha tau. sopan santun n baik sangat  sangat dia. yg pakai pashmina maroon ni mas nama panjang Raja Nor Masnira. Anak raja ni tau. Jangan main main. Daulat Tuanku.hehwhew...Ni salah sorang kawan baik aku. Cantik sangat n sangat pandai menjahit. so sapa sapa yang nak buat baju bolehlah tempah je kat dia. Mesti dapat harga discount.. Hopefully la...mandai mandai je aku ni.okesss......



Sebahagian kawan yang sempat hadir di majlis tersebut. Dari kiri cha cha, linda,cha tau, suhana, aku, mas, mai, norin n zura. Ini semua membe membe aku. Comel kan dorang. Sebab tu. Semua kepala hotak giler giler waa cakap cakap sama lu.. Gilerr ahhhh.. Sebenarnya aku tak sabar nak makang, lapor sangat dah ni.perut pon krokkkk krokkk . Cepat weehh!!!




Selamat penganti baru Faisza & Suami


 Semoga hubungan terus diredhai hingga ke syurga. Kite doakan yang terbaik untuk ija & suami. Jadilah isteri, sahabat, adik n semua la pada suami oke... Dengar nasihat mok ni.Amin amin..




Perkara wajib kalau jumpa dorang.. one toe three ...chiiiiiker...




Im Single.. nampak x nampak x...ok bai im single





Dimana mana ada peace. Mazaliah in the house ( baju biru) & suhana ( chinese look)




sana sini kiteorang je. kan.. eh eh ada yang aku tak kenalkan lagi kan. Dari hujung kiri Asma, Norin, Ika, Mas ,Dayah, Farhani, Suhana pastu haku.. ready...cakap comel tak kak ton. then chiikerrr...




Terfeeling omel..Dah lama simpan niat kot nak buat macam ni.. aaaa ok dah puas. yihaaaa




Peace... Aku cintakan kedamaian. Aman Damai Disukai Ramai :P



Sempat lagi nak balik pon bergambau ...pape pon korang super duper sporting



Eh jangan jangan tak ambik.. Buah tangan untuk kawan kawan yang datang meraikan majlis Faisza. Okeh Jom balik. Jap jap.. sebelah aku ni mai. Aku mari majlis tumpang keta dia la. Maklum la aku mana ada kete lagi. sob sob.....khamsahamnida unni mai..




                       NUAMNUr Atiah Masri

Well....Syiokkkkkk shangat kau.

Assalamualaikum..... Hello! Hellozzzz.. Ade orang keee?

Aiikkkk nape tangan mcm keras je ni nak naip.krekkkk..krekkk....krekerrrrrr.kreeeyokkk...yihooooo...long time no see kan. Mane taknye, sejak balik ke Malaysia aku terus melupakan blog aku ni. Bukan sengaja, tp terlupa daaa.. keterujaan bila pulang negara sendiri setelah 5bulan( eleh bukan 5 tahun pon ) berada di negara orang menjadikan aku  kemaruk nak buat aktiviti yg lama aku tak buat. So sejak balik aku banyak menghabiskan masa bersama keluarga, explore benda baru dan ahhhh kan bulan pose. Kiranya aku amik kesempatan menambah amal ibadat yang sememangnya sangat kurang.InsyaALLAH, mudah-mudahan.. Lepas tu lepas tu ape erk aku buat??? INTERNSHIP yang blurppp until december. Tak de ape kot nk cite sal intership, semuanye bese2 je.. x de yg buat aku rase teruja. kenape2x???? sebab x ade yang menarik yg aku nak share pon. semuanya just like like.. Cuma .... Hmmmm yg aku suke sepanjang intern ni aku stay je kat uma. so x banyak burden la as a student. senang cite segalanya mudah. Nak makan senang, nak tido bile-bile mase pon okehhhh lagi hmm x payah nak basuh baju sendiri dan macam2x yg hip hip hoooreyy... Free sangat hidup. Hey jangan lupe report LI okeh.... jgn sonok sangat duk umah tu. OKEH...Paling paling aku rindu nak buat masa kat korea adalah makan , makan , makan seterusnya makan kemudian sakat aisy n aina (anak buah). uhhh nikmat wooo dapat sakat dorang sampai nangis..pastikan sampai nangis That why la dorang x bape rapat kat aku.Tapi itu yang aku suke. Kalo dorang rapat then sikit sikit jumpa aku nak melekat kat aku for sure mesti aku kena mandikan dorang, layan 24h n dorang haaaa paling tanak kena basuh bila dorang tutttt tuttttt.... eyeksss.. tanak tanak tamau..Seems like berkiranyanya aku, ohhh so lazy. Eventho aku jarang jumpa dorang disebabkan abang n kakak kerja tapi aku kerap jugak contact dorang.. hello hello.. then dorang balas atu atu... pelat dorang ni.hihi...budak budak kan....hmmm hari hari kerja.hari hari semua busy.Tak kerja tak boleh, kos hidup tinggi wooo... tinggi sangat sangat macam aku...nomnom.. Nasib badan daaaa dorang dapat makcik mcm aku yang kurang berkasih sayang..miagagagagagga. terserlah jahatnya aku ni ... Muka muka simpati anak buah aku. Check it dooot di bawah okiesss.....




   Ahmad Aisy Iman & Acu..Cute kann.aku feeling feeling ayu plak..bhabhabha..Tapi sekali dia menangis pehhhh rasa amcam nak pindah ke planet lain. Arghhhh serabut satu dunia bila bdk ni nangis. Tapi aku sayang gile gile ( cehh jiwang plak). At last anak2 sedara panggil aku acu ( macam ramai je) setelah mencari cari gelaran yg sesuai...hoho. Ada dua orang je pon.  Mula mula macam geli geli jugak sebab macam ngada ngada.. Tapi lama lama macam comel plak.. hahahahahha....



Aaaaa ni la Nurin Aina Saffieyah, muslimah gitu. Tapi macam kak senah pon ada aina ni. dengan gaye tudung macam makcik makcik .... Tapiii sooooo cute n love u makcik. boleh kata anak buah aku memang cute cute la ( sape lagi nak puji kan).. aiiiik shut up u.. Kalo Aisy tu kuat nangis yg ni plak mulut macam mak nenek. pot pet pot pet... Tak terlayan kate kau...Paling geram bila tgk tv then dia  nampak ada je yg sama dengan barang dia mesti dia kata ni macam aina punya kan.. then ni macam umi punya kan.... then then ni macam papa punya kan...hahahah.  kadang kadang tak ada pon macam dia punya. Perasan lebih awk ni aina.Arghhh lamanya tak jumpa dorang sume. Rasa nak terbang jumpa dorang.. syiuuuuuuuu.. zeppppppp...






       
 “If we have no peace, it is because we have forgotten that we belong to each other.”
                                            Peaceee :)
                                                                    NUAMNUr Atiah Masri

Berpisah untuk 1000000 kali

P E R P I S A H A N............. Aku manusia biasa seperti kau. Ada perasaan sedih apabila berpisah. Itu sifat yang mesti ada pada setiap manusia. Perpisahan tidak akan wujud tanpa adanya Pertemuan. Ianya seakan tidak boleh dipisahkan. Sama juga seperti Adam & Hawa, langit & bumi serta pungguk & bulan. Agggrrrrhhhhhh!!! Pertemuan kadang kala yang tidak aku inginkan meninggalkan bekas yang menyenangkan. Kadang kala pula pertemuan yang aku harapkan pula berlaku sebaliknya iaitu meninggalkan parut yang sukar untuk aku kikis. Ternyata apa juga yang aku miliki kini atau akan datang tidak akan pernah kekal di bumi ini.



Siapa aku untuk menafikan bahawa pertemuan itu sesuatu yang indah? Aku juga yakin yang kau juga tidak akan menafikan tentang itu. Apabila aku bersedia untuk bertemu aku juga harus bersedia untuk menghadapi sesuatu yang sangat perit iaitu perpisahan. Yeppp.. Perpisahan dengan Engkau. Namun aku perlu tahu bahawa kemanisan sebuah hubungan terbit daripada kepahitan perpisahan. Tanpa kepahitan perpisahan tidak akan wujud kemanisan dalam perhubungan. Kesedihan yang aku  rasakan boleh meningkatkan lagi penghargaan terhadap hubungan itu. 

Jika aku tidak bersedia untuk menghadapi perpisahan dengan kau, aku seharusnya tidak perlu untuk berkenalan dengan kau, kau seterusnya kau. Pertemuan merupakan permulaan sebuah perjalanan dan perjalanan itu akan membawa aku dan kau kepada penghujungnya iaitu perpisahan. Agggggrrrrhhhhhh!! lagi-lagi perpisahan. Kenapa ?kenapa? kenapa??????? Andai pertemuan punca perpisahan, biarlah kematian menemukan semula aku dan kau seterusanya kau. Andai itu punca perpisahan aku dan kau, biarlah hidup ini penuh bermakna  dan memberi erti yang tidak ternilai dengan emas sekalipun. 


Sejak dulu banyak persoalan yang bermain difikiran aku tentang sebuah pertemuan dan perpisahan.

Kenapa perlu  ada perpisahan sedangkan pertemuan itu mendamaikan aku?
Kenapa perlu ada perselisihan jika kemesraan itu membahagiakan aku?
Kenapa perlu ada kesedihan jika rindu itu menggembirakan aku?

Hari ini merupakan kali ke 100000000 aku harus akur dengan sebuah perpisahan. Berpisah daripada bumi Korea seterusnya berpisah daripada kawan-kawan disini merupakan perkara yang sebolehnya aku cuba elak. Namun aku manusia biasa seperti kau yang tidak boleh lari dari perpisahan. Jika kau tanya aku tentang perpisahan aku pasti akan menjawab perpisahan adalah perkara yang paling berat dalam hidup aku. Tetapi hidup aku harus diteruskan walau seberat mana sekalipun perpisahan itu. Perpisahan demi perpisahan menjadikan aku semakin kuat setiap kali menghadapi perpisahan yang baru dan yang mendatang. Disebalik perpisahan pasti ada pertemuan yang lainnya yang lebih baik. Mungkinkah??? Mungkin ia. Tapi aku berlainan pendapat. Bagi aku setiap pertemuan adalah berbeza kerana setiap daripadanya ada ceritanya yang  tersendiri. Cerita yang hanya aku dan kau saja yang tahu. Tentang keistimewaan pula bagi setiap cerita biar aku saja yang nilai.  Kerana ini cerita aku.........


Hari keseratus dua puluh lima aku di bumi Korea. Esok berakhir sebuah lagi pertemuan antara aku, kau, kau dan kau seterusnya kau. ... Aku harap tiada kata-kata terakhir mahupun lambaian terakhir daripada kau, kau sekalian. Ini disebabkan aku sebolehnya tidak akan menitiskan airmata disaat kau mengatakan "Selamat Tinggal". Anggap saja yang aku akan kembali lagi di suatu masa nanti. 

Aku pasti akan rindu pada engkau :-
Tamami, Matone, Shihmin, Saranzaya, Sakura, Sayaka, Sa Teo, Yumi, Aisyah, YaeJi, Nu Ha, Jaeyeon, Hyerim, Joyce, Unice, Seawork, Eva, Rangunbi, Reja, Cubin, Puoc, Jonkayong, Emy & so on..........



                              01:30am Aku bangun dari tidur dan mula menaip




O' Sulloc Tea Museum


























































                                                  Selesai.....

Hari-hari terakhir disini



Sepuluh hari lagi aku akan balik ke Malaysia. 4 bulan berlalu terasa rindu yang teramat pada emak, abang, kakak,adik dan kawan-kawan. Perasaan tak sabar untuk berjumpa mereka semua. Tetapi ada rasa sedih yang aku tak dapat  nafikan. Setiap permulaan pasti ada pengakhiran. Tak apa lah panjang umur jika  diizinkan oleh Allah aku pasti akan jumpa kawan-kawan disini. Kadang-kadang aku ni sensetif juga.  Lagi-lagi duduk dinegara orang ni.Adussss terfeeling pulak.hohohoho... Mencari-cari video yang sesuai dengan feeling disaat ini...uuuuhuuuuu.okeh!!!!! jumpa dah...






                                       Cinta kita pada tempatnya akan memberi  ketenangan kepada kita...




                                                                                                 Selesai,,,,!!!!

Secret Garden


                                         LOKASI DRAMA SECRET GARDEN


Bagi mereka yang peminat setia drama Korea tentu saja pernah menonton drama Secret Garden. Disini ada gambar yang sempat aku upload di sebuah taman yang menjadi lokasi drama Secret Garden.





















































































































Sehingga jumpa di entry seterusnya

Assalamualaikum......

Teddy Bear Museum











































































































Selesai,,,,

Newer Posts Older Posts Home

Viewers

Powered by Blogger.

Recent Comments