Tika Ini
Ya Allah
bosannya duduk rumah sorang sorang. Dah lama aku tak bersendirian. Lebih lebih
lagi sejak aku buat praktikal yang berdekatan dengan rumah. Sejak balik dari
program pertukaran pelajar aku banyak menghabiskan masa di rumah. Ini niat aku
bila balik Malaysia. Selalu emak sentiasa ada di rumah, aku je yang selalu tak
duk rumah. Hari ni aku tinggal sorang di rumah.ya Allah sunyi sangat... Baru aku faham macam mana rasa bila tinggal bersendirian. Emak memenuhi undangan kenduri
di rumah kawannya. Kenduri esok tapi ini pergi gotong royong @ orang
kampung aku panggil ‘merewang’. Selesai mandi dan solat zuhur aku duduk
dihadapan tv. Huhhh ari ni aku terlewat mandi sebab cuaca yang sangat sejuk. Maklum sajalah
musim tengkujuh kan. Tiada rancangan tv yang menarik. Fikiran terus melayang. Banyak
yang aku fikirkan. Tapi saat ini yang menduduki carta pertama difikiran aku
adalah terbayang bayang wajah seorang lelaki. Wajah yang tenang, lembut dan
penuh dengan kasih sayang.Astagfirullahalazim..Ya Allah... Aku lantas masuk ke bilik dan membuka
laptop terus ke sign in blogger.
Ooh ya, aku
yakin hati ini, tika ini aku ingin menulis
sesuatu tentang seorang lelaki yang memberi inspirasi untuk aku update entry
kali ini. Seorang lelaki
yang berusia penghujung 40-an menjadi inspirasi untuk aku terus mencapai
kejayaan di dunia ini. Bercerita detik aku meminta sesuatu daripada lelaki
tersebut. ketika itu aku diusia 16tahun (2006). Keinginan aku untuk mempunyai
motor sendiri diluahkan kepada lelaki itu. Waktu itu scooter ego menjadi idaman
aku sewaktu di tingkatan 4. Ohhh tak mungkin aku lupa…
Minggu tersebut
paling bahagia bagi aku kerana abang dan kakak aku cuti lama. Sabtu pagi yang
indah kami adik beradik berada di dapur. Haaa mulalah keluar skill memasak sorang
sorang. Walaupun hanya masak kuew tiaw goreng tapi riuh rendah dapur. Huhuhu… Hurm
sumpah aku rindu saat itu. Dalam riuh rendah di dapur, kami menerima satu
panggilan telefon. Panggilan telefon yang paling keramat sepanjang hidup aku. Panggilan
telefon yang mengkehendaki kami adik beradik datang ke hospital. Ohh ya panggilan itu dari emak kami.
Masih segar
dan setiap saat apa yang berlaku tika itu sentiasa lekat di kotak fikiran aku. Pagi
yang indah itu bertukar menjadi pagi yang cemas. Cemas tentang berita lelaki
itu sedang bertaruh nyawa. Kalut aku adik beradik ke hospital. Berat kaki ini
melangkah masuk ke ward CCU. Terasa macam
membawa beban dikaki. Terlalu berat dan lemah untuk meneruskan langkah.
Inalillahwainailaihirojiun..Ya Allah semua ini bagaikan mimpi bagi aku. Kulihat
ketika itu Sekujur badan seorang lelaki yang baru saja nyawanya di ambil oleh PenciptaNYA. Lelaki itu adalah ABAH aku. Abah sudah ditahan di ward sejak khamis sehari selepas aku dna rakan rakan membuat roket di rumah. Mulutnya yang masih bergerak gerak menandakan berakhirnya
perjalanan abah di bumi Allah ini sebagai seorang hamba. Terputus juga hubungan abah dengan dunia, dengan isteri , anak anak juga dengan segala isi dunia. Tiada kata yang
mampu aku lafazkan tika itu. Aku hanya mampu menangis. Berakhirnya sebuah kehidupan
abah dengan meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak yang masih tercari cari hala tuju kehidupan yang masih panjang, masih jauh...
Di usia 16
tahun, aku diuji dengan ujian kematian. Kematian seorang abah yang menjadi
penguat dalam hidup aku. Ku kira diusia itu aku terlalu muda untuk menghadapi
ujian yang seberat itu. Hari hari aku ketika itu ditemani air mata. Syukur Alhamdulillah
aku dikelilingi orang orang yang sentiasa memberi kata kata semangat juga
menasihati aku agar redha serta panjatkan doa kepada yang maha Pencipta. Hati
ini mudah tewas dengan pujukan syaitan yang cuba untuk merosakkan fikiran aku. Ayat
ayat suci Al- Quran sememangnya cara terbaik untuk menenangkan jiwa. Sejak itu
setiap kali musibah yang datang pada aku, Al-Quran menjadi tempat menenangkan
jiwa. Namun aku
akui ujian paling berat adalah ujian kematian. Aku kehilangan abah, emak juga menjadi ibu tunggal dalam usia 40an. Bukankah terlalu awal??? sering hati jahat ini berkata kata. Aku seakan tidak redha dengan ketentuan Ilahi. Astaghfirullahalazim... Ya sesungguhnya mati itu tidak mengenal
usia.
Masih….
Masih aku ingat isnin pagi selepas kematian abah. Aku dikejutkan dengan sebuah
scooter berwarna hitam. Ya Allah rupa rupanya abah telah membelikan sebuah
scooter yang menjadi idaman aku. Ya Allah .. Sungguh aku terkilan…Terkilan
sebab aku tak dapat nak ucapkan TERIMA KASIH.
TERIMA
KASIH… ABAH
Rasa terkilan bila tiqa tak dapat nak ucapkan terima kasih pada
abah. Terima kasih sebab dah memenuhi kehendak tiqa. Tapi abah, sejak dari
abah tiada, tiqa selalu terdengar dengar suara abah kejutkan bagun pagi. Kalau dulu
sekali saja suara abah panggil nama tiqa untuk bagun pagi, sepantas kilat tiqa
akan bangun. Kini emak mengambil alih tempat abah. Memang mak banyak lembutnya.
Kadang kadang tiqa terlajak bangun subuh sebab tak dengar suara mak kejutkan
bangun pagi. Jika abah ada juga mesti semuanya tidak sama seperti
sekarang. Tidak sama sekali..Jika abah ada tika ini, tiqa dalam usia 23 tahun. Tiqa masih belajar
di UM. InsyaAllah tahun depan habis belajar. Emak semakin tabah dan bijak
mengurus rumah juga anak anak. Abang aki & kak ida dah kahwin abah. Abah da
ada 2 orang cucu yang sangat bijak, Aisy Iman dan Aina Saffieyah. Adik awi dan abang ani masing
masing dengan bidang yang mereka minat. Alhamdulillah semuanya baik baik saja abah.
Abah sejak abah tak ada tiqa semakin kuat dan pandai
berdikari. Tiqa dah besar abah. Tiqa bukan lagi budak hingusan yang manja. Tiqa sentiasa jadi pembantu emak kalau emak perlukan apa apa. Tiqa dah boleh bezakan yang mana baik dan buruk. Sebolehnya tiqa tak nak susahkan semua lebih lebih lagi mak. Sebolehnya
juga tiqa nak usaha sendiri. Cuma sekali sekala kalau tiqa dah tak mampu nak
buat sendiri tiqa akan mintak tolong abang abang, kakak dan adik. Sekarang semua
sibuk dengan komitmen hidup masing masing. Tiqa tak salahkan mereka sekiranya
lupa nak tanya kabor tiqa, sebab tiqa tahu tiqa masih ada mak. Sekarangkan abah,
apa apa yang tiqa nak buat mesti mak jadi sumber rujukan pertama. Tiqa cuba
untuk tak susahkan dan bagi bebanan kat mak sebab tiqa tahu mak da puas susah
sejak abah tak ada. Mak memang cekal. InsyaAllah tiqa tak akan lupa dari mana
asal usul tiqa. InsyaAllah tiqa akan dapatkan restu mak dalam apa apa jugak tidakan tiqa.
Abah… Tiqa mintak maaf kalau lama tiqa tak kirimkan doa buat
abah. Tiqa jiwa muda yang kadang kala lupa tanggugjawab sebagai seorang anak. Lupa
juga anak yang baik adalah anak yang sentiasa berbakti kepada ibu
bapanya yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. InsyaAllah abah
tiqa akan sentiasa doakan abah agar diberi kesejahteraan disana juga
ditempatkan bersama orang orang yang beriman. InsyaAllah Abah…..Abah tiqa redha dengan pemergian Abah. Abah adalah abah yang yang terbaik buat tiqa, abang abang, kakak dan adik. InsyaAllah orang yang baik akan mendapat balasan syurga. Itu janji Allah abah. .
Hidup
ini tak semua yang kita nak kita dapat. Aku memang bayangkan yang pada usia aku
23 tahun ini aku masih ada abah. Emak juga pernah kata yang beliau membayangkan
dapat melihat anak anak membesar, ada keluarga bersama abah diakhir akhir usia
mereka. Tapi semua ni hanya rancangan kami sebagai hamba. Segalanya berubah..Perancangan
Allah memang berlainan dengan perancangan hambaNYA. Perancangan Allah adalah
perancangan yang terbaik buat hamba hambaNYA. Hikmahnya tersangat luas. Cepat atau
lambat juga bergantung pada perancangan Dia. Kita sebagai hamba jangan mudah
putus asa dan sentiasalah setia denganNYA. Kerana apa?? Kerana Allah tidak akan
memberi sesuatu ujian kepada hambaNya sekiranya mereka tidak mampu untuk
menghadapi ujian tersebut.
“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…
( Al-Baqarah: 286)
Justeru, Ayuh NuAm( Nur Atiqah Masri) !!!!!!
Jika saat ini kau sedang diuji, sesungguhnya kau harus bersyukur dan berbahagialah kerana apa?
KERANA UJIAN itu HADIAH dari ALLAH.. Hadiah buat kau dan keluarga.
Hari ini 07 Disember 2013. ...Sedar tak sedar ,7 tahun 5 bulan abah telah meninggalkan bumi Allah ini. Meninggalkan juga kami sekeluarga.
Al-Fatihah buat ayahanda Masri Bin Manap.. Semoga sejahtera disana dan ditempatkan bersama orang orang yang telah dijanjikan syurga. Amin.( 29/12/1956 - 22/07/2006 )
NuAMNur Atiqah Masri
0 comments:
Post a Comment