Berpisah untuk 1000000 kali

P E R P I S A H A N............. Aku manusia biasa seperti kau. Ada perasaan sedih apabila berpisah. Itu sifat yang mesti ada pada setiap manusia. Perpisahan tidak akan wujud tanpa adanya Pertemuan. Ianya seakan tidak boleh dipisahkan. Sama juga seperti Adam & Hawa, langit & bumi serta pungguk & bulan. Agggrrrrhhhhhh!!! Pertemuan kadang kala yang tidak aku inginkan meninggalkan bekas yang menyenangkan. Kadang kala pula pertemuan yang aku harapkan pula berlaku sebaliknya iaitu meninggalkan parut yang sukar untuk aku kikis. Ternyata apa juga yang aku miliki kini atau akan datang tidak akan pernah kekal di bumi ini.



Siapa aku untuk menafikan bahawa pertemuan itu sesuatu yang indah? Aku juga yakin yang kau juga tidak akan menafikan tentang itu. Apabila aku bersedia untuk bertemu aku juga harus bersedia untuk menghadapi sesuatu yang sangat perit iaitu perpisahan. Yeppp.. Perpisahan dengan Engkau. Namun aku perlu tahu bahawa kemanisan sebuah hubungan terbit daripada kepahitan perpisahan. Tanpa kepahitan perpisahan tidak akan wujud kemanisan dalam perhubungan. Kesedihan yang aku  rasakan boleh meningkatkan lagi penghargaan terhadap hubungan itu. 

Jika aku tidak bersedia untuk menghadapi perpisahan dengan kau, aku seharusnya tidak perlu untuk berkenalan dengan kau, kau seterusnya kau. Pertemuan merupakan permulaan sebuah perjalanan dan perjalanan itu akan membawa aku dan kau kepada penghujungnya iaitu perpisahan. Agggggrrrrhhhhhh!! lagi-lagi perpisahan. Kenapa ?kenapa? kenapa??????? Andai pertemuan punca perpisahan, biarlah kematian menemukan semula aku dan kau seterusanya kau. Andai itu punca perpisahan aku dan kau, biarlah hidup ini penuh bermakna  dan memberi erti yang tidak ternilai dengan emas sekalipun. 


Sejak dulu banyak persoalan yang bermain difikiran aku tentang sebuah pertemuan dan perpisahan.

Kenapa perlu  ada perpisahan sedangkan pertemuan itu mendamaikan aku?
Kenapa perlu ada perselisihan jika kemesraan itu membahagiakan aku?
Kenapa perlu ada kesedihan jika rindu itu menggembirakan aku?

Hari ini merupakan kali ke 100000000 aku harus akur dengan sebuah perpisahan. Berpisah daripada bumi Korea seterusnya berpisah daripada kawan-kawan disini merupakan perkara yang sebolehnya aku cuba elak. Namun aku manusia biasa seperti kau yang tidak boleh lari dari perpisahan. Jika kau tanya aku tentang perpisahan aku pasti akan menjawab perpisahan adalah perkara yang paling berat dalam hidup aku. Tetapi hidup aku harus diteruskan walau seberat mana sekalipun perpisahan itu. Perpisahan demi perpisahan menjadikan aku semakin kuat setiap kali menghadapi perpisahan yang baru dan yang mendatang. Disebalik perpisahan pasti ada pertemuan yang lainnya yang lebih baik. Mungkinkah??? Mungkin ia. Tapi aku berlainan pendapat. Bagi aku setiap pertemuan adalah berbeza kerana setiap daripadanya ada ceritanya yang  tersendiri. Cerita yang hanya aku dan kau saja yang tahu. Tentang keistimewaan pula bagi setiap cerita biar aku saja yang nilai.  Kerana ini cerita aku.........


Hari keseratus dua puluh lima aku di bumi Korea. Esok berakhir sebuah lagi pertemuan antara aku, kau, kau dan kau seterusnya kau. ... Aku harap tiada kata-kata terakhir mahupun lambaian terakhir daripada kau, kau sekalian. Ini disebabkan aku sebolehnya tidak akan menitiskan airmata disaat kau mengatakan "Selamat Tinggal". Anggap saja yang aku akan kembali lagi di suatu masa nanti. 

Aku pasti akan rindu pada engkau :-
Tamami, Matone, Shihmin, Saranzaya, Sakura, Sayaka, Sa Teo, Yumi, Aisyah, YaeJi, Nu Ha, Jaeyeon, Hyerim, Joyce, Unice, Seawork, Eva, Rangunbi, Reja, Cubin, Puoc, Jonkayong, Emy & so on..........



                              01:30am Aku bangun dari tidur dan mula menaip




O' Sulloc Tea Museum


























































                                                  Selesai.....

Hari-hari terakhir disini



Sepuluh hari lagi aku akan balik ke Malaysia. 4 bulan berlalu terasa rindu yang teramat pada emak, abang, kakak,adik dan kawan-kawan. Perasaan tak sabar untuk berjumpa mereka semua. Tetapi ada rasa sedih yang aku tak dapat  nafikan. Setiap permulaan pasti ada pengakhiran. Tak apa lah panjang umur jika  diizinkan oleh Allah aku pasti akan jumpa kawan-kawan disini. Kadang-kadang aku ni sensetif juga.  Lagi-lagi duduk dinegara orang ni.Adussss terfeeling pulak.hohohoho... Mencari-cari video yang sesuai dengan feeling disaat ini...uuuuhuuuuu.okeh!!!!! jumpa dah...






                                       Cinta kita pada tempatnya akan memberi  ketenangan kepada kita...




                                                                                                 Selesai,,,,!!!!

Secret Garden


                                         LOKASI DRAMA SECRET GARDEN


Bagi mereka yang peminat setia drama Korea tentu saja pernah menonton drama Secret Garden. Disini ada gambar yang sempat aku upload di sebuah taman yang menjadi lokasi drama Secret Garden.





















































































































Sehingga jumpa di entry seterusnya

Assalamualaikum......

Teddy Bear Museum











































































































Selesai,,,,

Newer Posts Older Posts Home

Viewers

Powered by Blogger.

Recent Comments