Jeju Folk Village



Kali ini kembara aku ke Jeju Folk Village.
Selamat Datang ke Perkampungan Traditional Jeju
Kedatangan kami disambut dengan hujan yang renyai-renyai. Sejukkkkkk weeeeiiiii. Kampung ni mengingatkan aku pada kampung halaman aku. Ditambah lagi dengan bau tanah ...uhhhh Rindu yang teramat. 




Kami disambut oleh kakak ni dengan payung dari pintu kereta. Ditambah pula dengan hujan yang turun renyai-renyai yang membasahi bumi makin terasalah layanan yang begitu istimewa diberika sewaktu menyambut kami.Terasa macam VVIP pulak time tu.hehe.So sepanjang  disana kami dibawa melawat sekitar kampung dengan bertemankan payung..( macam tak kena je ayat aku ni).Sesekali terasa juga tempiasan hujan. Sepanjang kami di Jeju cuaca tidak begitu baik. Hujan!!!!! Walaupun hujan tapi aktiviti kami tetap diteruskan. Hujankan membawa rahmat..Kakak ini berasal dari Filipina dan telah berkahwin dengan orang Korea. Kini menetap di Jeju dan bekerja di Village ini sebagai tour guide juga sedang melanjutkan pelajaran. Nama beliau aku  lupa, sebab susah kot nak sebut. 
Satu je perkataan yang boleh aku kata tentang kakak ni ~> HEBAT.
Hebat sebab amat fasih berbahasa Korea, English lagilah tak ada masalah. Jadi dengan kami beliau berkomunikasi dalam bahasa inggeris. Ok lah kakak ni aku gelarkan siti. Boleh la kan??Senang cikit nak sebutnya..yuuhuuuuu..... Cerita Siti, beliau telah berkahwin selama tiga tahun namun masih belum dikurniakan anak. Aku doakan Siti cepat dapat anak. Eh eh kenapa masuk cerita si Siti ni. Agak meraban jauh aku. Sorry2....Selanjutnya di bawah....





Gambar ini tak boleh berbicara. Jadi biar aku ceritakan apakah binatang(kayu) ini. Ini merupakan kayu yang dijadikan pagar di setiap rumah masyarakat Jeju pada suatu waktu dahulu. Jika dilihat terdapat tiga batang kayu. Setiap batang kayu ada fungsinya yang tersendiri. Tapi aku hanya dapat ingat satu saja. Menurut Siti sekiranyan hanya terdapat dua batang kayu pada pagar tersebut ia menandakan di rumah tersebut sedang menerima tetamu. Ok yang tu je aku ingat. Yang lain korang datanglah Jeju nanti ehh... Hikhok....




  Ruang tamu masyarakat traditional Jeju

                                           




Dibahagian dapur. Cuba kira ada berapa periuk disitu? Periuk-periuk ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu satu bahagian hanya boleh dimasak oleh ibu mertua dan satu bahagian lagi hanya boleh dimasak oleh menantu perempuan. Sekiranya suami berkahwin lebih dari seorang maka periuk-periuk tersebut akan menjadi 2 kali ganda jumlahnya. Begitulah cerita di dapur mereka. Dapur anda bagaimana??? Kalau macam ini mungkin anda berasal dari sini...uuuuwaahhhhhhhhh!!!!!!!!!







Tempayan ini merupakan tempat untuk menadah air hujan. Air hujan ini sahajalah yang menjadi sumber utama air untuk keperluan mereka seharian.Tempayan yang bersaiz ini menampung segala keperluan seharian untuk makan minum dan mandi bagi masyarakat Jeju dahulu. Mereka hanya bergantung sepenuhnya pada air hujan kerana Jeju dikelilingi laut. Jadi air laut yang masin hanya digunakan untuk membasuh pakaian. Menurut Siti lagi air tadahan ini lebih banyak digunakan untuk makan dan minum jadi hanya 30% daripada air teduhan digunakan untuk mandi. Aku tak nak andai apa-apa. Cuma persoalannya berapa kali setahun mereka mandi?????  krik..krik....krik.... :P







Kalau anda sememangnya familiar dengan Korea, anda pasti pernah melihat batu yang berbentuk orang ini. Aku gelarkan benda ni sebagai batu orang ok. Ia melambangkan lelaki Jeju. Umumnya, lelaki Jeju pada asal sejarahnya tidak bekerja. Mereka hanya duduk dirumah menjaga anak-anak. Sementara isteri bertanggugjawab menyara kehidupan keluarga. Suami dianggap mulia sehingga dibenarkan berkahwin lebih daripada seorang. Mereka juga bebas meninggalkan isteri bila-bila masa sahaja mereka suka atas faktor jumlah bilangan lelaki ketika itu. Difahamkan jumlah lelaki ketika itu hanya dua orang manakala perempuan sekitar 8 ke 12 orang. Jadi tiada masalah sekiranya mereka menceraikan isteri, sebaliknya ia menjadi masalah bagi wanita kerana mereka perlu bersaingt untuk memiliki suami. Sambungan cerita batu orang ini di lampiran seterus dan seterusnya......







Seperti yang anda dapat lihat ini batu  orang tetapi berwajah seorang perempuan. Sebenarnya ada gelaran yang diberikan kepada wanita Jeju dahulu. Tetapi seperti biasa aku lupa dong....Perempuan ini seakan menggalas satu bag. Yep betul ini melambangkan wanita di Jeju yang bekerja keras. Wanita keluar bekerja, mereka ke laut untuk mencari hasil laut bagi menyara kehidupan seharian. Wanita juga menjalankan aktiviti menyelam untuk mencari mutiara. ohhh Baru aku tahu kini patut pun seringkala aku dengar wanita Jeju sinonim dengan aktiviti menyelam mencari mutiara. Aku bangga menjadi seorang wanita. Walaupun dari segi fizikal nampak lemah namun sebenarnya Allah beri kekuatan yang luar biasa kepada kaum ini.




Aku yang Peaceee!!!!!!! :D




Menurut Siti lagi isteri di Jeju tidak akan melepaskan rasa tidak puas hati terhadap suami seperti merungut apatah lagi marah atas sikap mereka. Hal ini kerana sekiranya mereka marah dan menimbulkan ketidakselesaan pada suami,bila-bila masa sahaja si isteri akan ditinggalkan kemudian berkahwin lain. Jadi si isteri hanya akan berdiri di sini kemudian menyanyi bagi melepaskan kemarahan. Ia seakan bermonolong mengadu nasib pada diri sendiri. Lebih kurang macam tulah ceritanya. 





Kami dibawa melawat disekitar kampung tersebut. Walaupun hujan namun semakin ramai pelancong yang datang untuk melawat.





Ini merupakan rumah asal tanpa diubah suai. Kelihatan masih kukuh. Dinding rumah diperbuat daripada batu-batu yang diambil ditepi-tepi laut.






Ini Ecak & Nuha. Ecak yang buat tangan peace tu.. Dia ni memang hantu Korea. Dari drama hinggalah running man dilayan habis.Nuha pulak orang layan dia pun join sekaki la. Running man jugaklah yang buat aku terkejut setiap kali mereka berdua ketawa terbahak-bahak sewaktu menonton. Mana taknya aku duk sibuk memikir apalah ayat nak disusun diblog ni, dorang pulak gelak besar... Haaaaaa tokojut den..... Aku??? Memang tak pernah layan running man. Biarkanlah mereka berdua je yang layan. Lagi seronok aku layan lagu, blog, drama, explore software.... Manusia itukan berbeza. 


















Sambungan daripada cerita diatas. Cuba lihat hidung orang di batu itu. Kemek bukan?? Hidung mereka pada asalnya adalah seperti biasa. Namun perubahan tersebut berlaku kerana si suami akan selalu menggosok hidung mereka. Menurut kepercayaan mereka gosokan hidung yang dilakukan oleh suami keatas dirinya sendiri, si isteri mampu melahirkan zuriat lelaki. Jadi kerja suami seharian hanya menggosok-gosokkan hidung mereka untuk mendapatkan anak lelaki. Lelaki sangat berharga bai mereka kerana jumlahnya yang sangat sedikit.

Semakin lama hujan semakin lebat. Jadi kami pun cabut balik..Pape pun cerita mengenai orang Jeju ni lebih kurang macam yang aku cerita la. Terlebih-terkurang maaf erkkkk.. ok. Sampai sini saja untuk entry ini. Kisah orang Jeju.


....The End.....


Jumpa di lain entry.... Daaaaaaaa




0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Viewers

Powered by Blogger.

Recent Comments