Kadang Kadang

Isnin (hari ni)...Selasa...Rabu....Khamis dan.. dan Jumaat bersamaan 13/12/2013... Pastu tamatlah sudah sesi latihan industri aku. hipp..hipp..HOREYYY katenye... Tiada lagi gelaran ' budak praktikal ' yang sememangnya gelaran wajib bagi setiap pelajar yang menjalani latihan industri. Perasaan??? Hurmmm biasa saja.. Tak suka sangat.. Juga tak sedih sangat.Terima Kasih yang tak terhingga aku ucapkan pada kakak kakak dan abang abang di sini sebab baik sangat sangat dengan aku.Bercerita tentang pengalaman.. Semestinya banyak.....Pengalaman yang pastinya tidak akan boleh dibeli dimana mana.Bagi aku ke mana saja aku pergi walau singkat tempoh masanya tapi pengalamannya sangat berharga. Setiap masa dan setiap tempat ada ceritanya yang tersendiri.. Ada keistimewaannya yang tersendiri. Yang baik semua aku kutip, aku simpan dan aku praktikkan, manakala yang buruk aku jadikan ia sebagai satu PERINGATAN untuk aku memperbaikinya kini dan  bila tiba masanya nanti. InsyaAllah....

Komputer DELL dihadapan aku milik kerajaan yang aku guna perkhidmatannya sejak 2 minggu lepas juga ada ceritanya. Cerita yang hanya aku dan DELL saja yang tahu.. huhuhu...okehhh.. Eh sat sat sebelum tuh nak mintak izin kerajaan sebab aku menggunakan harta kerajaan mengupdate entry ni. Mohon izinnya ye Tok...hewhew...


Khamis dan Jumaat lepas, aku cuti sebab hantar report LI & buat visa. Jadi total cuti aku 4hari ,sambung hingga ke Ahad....uhhh selesa kot....Aku gerak seawal 7 pagi untuk ke stesen kereta api berhampiran bersama fatiha, fara, nushi n adik fara. Fara , Nushi n adik Fara sebenarnya baru je aku kenal. Dorang ni kawan fatiha la sejak sekolah rendah lagi. Jadi aku n dorang ni berlainan sekolah rendah. Tia(Fatiha) merupakan classmate aku sejak form 4 lagi. So kebetulan kitorang ade urusan yang sama jadi menumpang kereta Fara hanya sampai di stesen tersebut sahaja.Kemudian kami berpisah. Aku dan tia still bersama menyelesaikan urusan kami.


Pengalaman kedua membuat visa bagi aku selepas pengalaman pertama membuat visa untuk ke Korea. Kali ini visa di buat di Hampshire Place. Kemana agaknye ehh kitorang nak p..huhuhu.. Uoollss cari sendiri ler embassy ape yang ada di Hampshire Place. Kali ini aku menggunakan perkhidmatan LRT untuk ke building tersebut...(KL Sentral- Ampang Park-Hampshire Place).. Alhamdulillah proses membuat visa sangat mudah, kurang birokrasi dan paling penting time tu tak ramai orang. So dalam masa 15 minit semuanya settle. Cuma... Hurmmm harga buat visa dah dinaikkan daripada RM55 ke RM85 untuk single entry. uwaa lari sikit bajet aku. Tapi berjalan punya pasal semuanya okeh.. bisa aja kok....kan...


Selesai urusan visa kami ke Times Square (TS) menaiki Monorel  ( Ampang Park- Dang Wangi- Imbi) yang sememangnya jadi tumpuan ramai student. Maklum sajalah harga pakaian yangs sangat murah yang memang mampu bagi seorang student untuk membeli. Tapi kali ni aku shopping ala ala kadar sebab kena save bajet.. Nak travel le kate kau... Selesai semua balik ke UM menaiki Monorel juga ( Imbi- Kl Sental- Universiti)..


Sepanjang perjalanan menuju ke stesen Universiti hujan turun dengan lebatnya. Alhamdulillah hujan rahmat... Hujan yang kebiasaanyanya turun pada penghujung tahun. Tika itu mata aku tertumpu memerhatikan titisan hujan yang membahasi cermin tingkat LRT.... Ya Malaysia di zon tengkujuh kini.Hujan yang turun tidak henti henti menyebabkan beberapa buah negeri mengalami banjir. Ya Allah semoga bencana yang kau turunkan akan menjadikan kami ( hambaMu) sentiasa bermuhasabah diri. AstaghfirullahAlazim..AstaghfirullahAlazim......


Keluar dari perut bas, hujan masih belum berhenti. Hujan yang lebat menyebabkan aku dan Tia terpaksa stay di pondok bas. Mata aku tertumpu pada seorang wanita yang kecil molek, kulit cerah, berbaju kurung, sopan santun gayanya dan dan dia menyapa aku. Atiq!!!.Then aku membalas dengan memanggil namanya Sara (bukan nama sebenar).... Sara adalah coursmate aku di UM, hanya bertegur sapa jika terjumpa. Ada cerita antara aku, Sara & Dia ( lelaki itu ). Pastu kami berborak borak, namun perbualan kami sesekali diulang ulang dek kerana hujan yang lebat menghalang pendengaran kami. Sara stay di kolej ketika buat latihan industri. Jadi dia berulang alik dari tempat kerja ke kolej pada setiap hari.



 " Ada cerita antara aku & mereka. Cerita yang harus aku simpan sampai akhir hayat aku. Tuhan memang sebaik perancang. Setelah ditemukan aku dan mereka kemudian dipisahkan aku dengan mereka atas satu masalah berkaitan "hati ", kemudian dipertemukan semula Aku & Sara dalam keadaan yang tak disangka sangka. Besar sungguh kuasaMu Ya Rabbi... Aku yakin pertemuan ini sengaja dirancang oleh Allah untuk menghilangkan perasaan syak wasangka aku pada Sara. Sara menghulurkan sekaki payung kepada aku selepas kawan sebiliknya datang menjemputnya membawa 2 kaki payung. Ya ternyata Sara baik orangnya. Dia sanggup berkongsi payung dengan kawannya semata untuk beri pada aku. Kami berjalan menuju ke kolej. Hati kecil aku berkata yang aku tak akan lagi menyimpan perasaan buruk pada Sara dan Dia (lelaki itu). "

Pada malam tersebut kebetulan Sara & Dia ada bersama di cafe tempat aku lepak bersama kawan kawan. Di ketika itu payung dipulangkan kepada tuannya. Namun Ya Allah aku manusia biasa yang mudah lupa pada janji. Janji yang aku tak akan berfikiran -ve pada mereka. Sekali lagi aku terkilan kerana Dia langsung tidak menyapa aku.Cuma sekeping senyuman menandakan aku wujud ketika itu.oolalala... Bagi aku yang lepas adalah lepas. Percaya saja pada jodoh. Sekiranya Dia menyapa aku, itu tak bermakna aku akan menyangka bahawa Dia masih ada perasaan terhadap aku. Releks brader, brader rileks..Ya aku tahu Dia ingin menjaga hati Sara. Namun sebagai manusia yang sudah berusia 23 tahun aku kira Dia seharusnya tahu adab berkawan. Mereka baik dimataku, menjaga adab berpakaian, adab bercinta, menjaga maruah dan meletakkan Allah paling atas dalam hubungan mereka..Itu aku pasti..Namun kenapa mereka tak menyerahkan 100% jodoh itu ditanganNya.

Apa kata berkawanlah dengan semua orang selebihnya serahkan pada yang berhak. Tak perlu removed friend, tak perlu tiba tiba berubah sikap dengan aku.. tak perlulah kan... kan..Aku & Kau juga ada ceritanya..Aku simpan dan kau, aku pasti semestinya masih belum hilang ingatan..Tak boleh ke bero??? Aku boleh je...Shempoi...Anda tanya & Anda jawab...yuhuuuuuu

 Aku menumpang tido dibilik kawan. Husna, Melli & Nik memang banyak berjasa. Aku kerap tumpang bilik mereka setiap kali mai UM.Mereka sentiasa menerima kehadiran aku dan melawa lagi untuk stay bilik mereka... InsyaAllah...Terima kasih korang... Keesokkan harinya, laporan dihantar di fakulti. Ohhh ya, di fakulti itu mata aku sering kali menjeling jeling mencari Mr.X  (bukan nama ic) sejak aku bergelar pelajar di UM. Mungkinkah ini cinta?? atau aku sekadar menjadikn Mr.X  "secret admire 'aku???....Aku sendiri tak pasti. ..Agrhhhh.. Kadang kala minda aku mudah berfantasi.








Buat Mr.X...Ada X ada power.Ada segalanya...Bomm.Gherrrrr







             NuAMNurAtiqah Masri























posted under | 0 Comments

Tika Ini

          Ya Allah bosannya duduk rumah sorang sorang. Dah lama aku tak bersendirian. Lebih lebih lagi sejak aku buat praktikal yang berdekatan dengan rumah. Sejak balik dari program pertukaran pelajar aku banyak menghabiskan masa di rumah. Ini niat aku bila balik Malaysia. Selalu emak sentiasa ada di rumah, aku je yang selalu tak duk rumah. Hari ni aku tinggal sorang di rumah.ya Allah sunyi sangat... Baru aku faham macam mana rasa bila tinggal bersendirian. Emak memenuhi undangan kenduri di rumah kawannya. Kenduri esok tapi ini pergi  gotong royong @ orang kampung aku panggil ‘merewang’. Selesai mandi dan solat zuhur aku duduk dihadapan tv. Huhhh ari ni aku terlewat mandi sebab cuaca yang sangat sejuk. Maklum sajalah musim tengkujuh kan. Tiada rancangan tv yang menarik. Fikiran terus melayang. Banyak yang aku fikirkan. Tapi saat ini yang menduduki carta pertama difikiran aku adalah terbayang bayang wajah seorang lelaki. Wajah yang tenang, lembut dan penuh dengan kasih sayang.Astagfirullahalazim..Ya Allah... Aku lantas masuk ke bilik dan membuka laptop terus ke sign in blogger.

          Ooh ya, aku yakin hati ini, tika ini  aku ingin menulis sesuatu tentang seorang lelaki yang memberi inspirasi untuk aku update entry kali ini. Seorang lelaki yang berusia penghujung 40-an menjadi inspirasi untuk aku terus mencapai kejayaan di dunia ini. Bercerita detik aku meminta sesuatu daripada lelaki tersebut. ketika itu aku diusia 16tahun (2006). Keinginan aku untuk mempunyai motor sendiri diluahkan kepada lelaki itu. Waktu itu scooter ego menjadi idaman aku sewaktu di tingkatan 4. Ohhh tak mungkin aku lupa…

          Minggu tersebut paling bahagia bagi aku kerana abang dan kakak aku cuti lama. Sabtu pagi yang indah kami adik beradik berada di dapur. Haaa mulalah keluar skill memasak sorang sorang. Walaupun hanya masak kuew tiaw goreng tapi riuh rendah dapur. Huhuhu… Hurm sumpah aku rindu saat itu. Dalam riuh rendah di dapur, kami menerima satu panggilan telefon. Panggilan telefon yang paling keramat sepanjang hidup aku. Panggilan telefon yang mengkehendaki kami adik beradik datang ke hospital.  Ohh ya panggilan itu dari emak kami. 


          Masih segar dan setiap saat apa yang berlaku tika itu sentiasa lekat di kotak fikiran aku. Pagi yang indah itu bertukar menjadi pagi yang cemas. Cemas tentang berita lelaki itu sedang bertaruh nyawa. Kalut aku adik beradik ke hospital. Berat kaki ini melangkah masuk ke ward CCU.  Terasa macam membawa beban dikaki. Terlalu berat dan lemah untuk meneruskan langkah. Inalillahwainailaihirojiun..Ya Allah semua ini bagaikan mimpi bagi aku. Kulihat ketika itu Sekujur badan seorang lelaki yang baru saja nyawanya di ambil oleh PenciptaNYA. Lelaki itu adalah ABAH aku. Abah sudah ditahan di ward sejak khamis sehari selepas aku dna rakan rakan membuat roket di rumah. Mulutnya yang masih bergerak gerak menandakan berakhirnya perjalanan abah di bumi Allah ini sebagai seorang hamba. Terputus juga hubungan abah dengan dunia, dengan isteri , anak anak juga dengan segala isi dunia. Tiada kata yang mampu aku lafazkan tika itu. Aku hanya mampu menangis. Berakhirnya sebuah kehidupan abah dengan meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak yang masih tercari cari hala tuju kehidupan yang masih panjang, masih jauh...

          Di usia 16 tahun, aku diuji dengan ujian kematian. Kematian seorang abah yang menjadi penguat dalam hidup aku. Ku kira diusia itu aku terlalu muda untuk menghadapi ujian yang seberat itu. Hari hari aku ketika itu ditemani air mata. Syukur Alhamdulillah aku dikelilingi orang orang yang sentiasa memberi kata kata semangat juga menasihati aku agar redha serta panjatkan doa kepada yang maha Pencipta. Hati ini mudah tewas dengan pujukan syaitan yang cuba untuk merosakkan fikiran aku. Ayat ayat suci Al- Quran sememangnya cara terbaik untuk menenangkan jiwa. Sejak itu setiap kali musibah yang datang pada aku, Al-Quran menjadi tempat menenangkan jiwa. Namun aku akui ujian paling berat adalah ujian kematian. Aku kehilangan abah, emak juga menjadi ibu tunggal dalam usia 40an. Bukankah terlalu awal??? sering hati jahat ini berkata kata. Aku seakan tidak redha dengan ketentuan Ilahi. Astaghfirullahalazim... Ya sesungguhnya mati itu tidak mengenal usia. 

         Masih…. Masih aku ingat isnin pagi selepas kematian abah. Aku dikejutkan dengan sebuah scooter berwarna hitam. Ya Allah rupa rupanya abah telah membelikan sebuah scooter yang menjadi idaman aku. Ya Allah .. Sungguh aku terkilan…Terkilan sebab aku tak dapat nak ucapkan TERIMA KASIH.

                      TERIMA KASIH… ABAH

     Rasa terkilan bila tiqa tak dapat nak ucapkan terima kasih pada abah. Terima kasih sebab dah memenuhi kehendak tiqa. Tapi abah, sejak dari abah tiada, tiqa selalu terdengar dengar suara abah kejutkan bagun pagi. Kalau dulu sekali saja suara abah panggil nama tiqa untuk bagun pagi, sepantas kilat tiqa akan bangun. Kini emak mengambil alih tempat abah. Memang mak banyak lembutnya. Kadang kadang tiqa terlajak bangun subuh sebab tak dengar suara mak kejutkan bangun pagi. Jika abah ada juga mesti semuanya tidak sama seperti sekarang. Tidak sama sekali..Jika abah ada tika ini, tiqa dalam usia 23 tahun. Tiqa masih belajar di UM. InsyaAllah tahun depan habis belajar. Emak semakin tabah dan bijak mengurus rumah juga anak anak. Abang aki & kak ida dah kahwin abah. Abah da ada 2 orang cucu yang sangat bijak, Aisy Iman dan Aina Saffieyah. Adik awi dan abang ani masing masing dengan bidang yang mereka minat. Alhamdulillah semuanya baik baik saja abah.

          Abah sejak abah tak ada tiqa semakin kuat dan pandai berdikari. Tiqa dah besar abah. Tiqa bukan lagi budak hingusan yang manja. Tiqa sentiasa jadi pembantu emak kalau emak perlukan apa apa. Tiqa dah boleh bezakan yang mana baik dan buruk. Sebolehnya tiqa tak nak susahkan semua lebih lebih lagi mak. Sebolehnya juga tiqa nak usaha sendiri. Cuma sekali sekala kalau tiqa dah tak mampu nak buat sendiri tiqa akan mintak tolong abang abang, kakak dan adik. Sekarang semua sibuk dengan komitmen hidup masing masing. Tiqa tak salahkan mereka sekiranya lupa nak tanya kabor tiqa, sebab tiqa tahu tiqa masih ada mak. Sekarangkan abah, apa apa yang tiqa nak buat mesti mak jadi sumber rujukan pertama. Tiqa cuba untuk tak susahkan dan bagi bebanan kat mak sebab tiqa tahu mak da puas susah sejak abah tak ada. Mak memang cekal. InsyaAllah tiqa tak akan lupa dari mana asal usul tiqa. InsyaAllah tiqa akan dapatkan restu mak dalam apa apa jugak tidakan tiqa.

       Abah… Tiqa mintak maaf kalau lama tiqa tak kirimkan doa buat abah. Tiqa jiwa muda yang kadang kala lupa tanggugjawab sebagai seorang anak. Lupa juga anak yang baik adalah anak yang sentiasa berbakti kepada ibu bapanya yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. InsyaAllah abah tiqa akan sentiasa doakan abah agar diberi kesejahteraan disana juga ditempatkan bersama orang orang yang beriman. InsyaAllah Abah…..Abah tiqa redha dengan pemergian Abah. Abah adalah abah yang yang terbaik buat tiqa, abang abang, kakak dan adik. InsyaAllah orang yang baik akan mendapat balasan syurga. Itu janji Allah abah. .


    Hidup ini tak semua yang kita nak kita dapat. Aku memang bayangkan yang pada usia aku 23 tahun ini aku masih ada abah. Emak juga pernah kata yang beliau membayangkan dapat melihat anak anak membesar, ada keluarga bersama abah diakhir akhir usia mereka. Tapi semua ni hanya rancangan kami sebagai hamba. Segalanya berubah..Perancangan Allah memang berlainan dengan perancangan hambaNYA. Perancangan Allah adalah perancangan yang terbaik buat hamba hambaNYA. Hikmahnya tersangat luas. Cepat atau lambat juga bergantung pada perancangan Dia. Kita sebagai hamba jangan mudah putus asa dan sentiasalah setia denganNYA. Kerana apa?? Kerana Allah tidak akan memberi sesuatu ujian kepada hambaNya sekiranya mereka tidak mampu untuk menghadapi ujian tersebut.


“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…
                                      ( Al-Baqarah: 286)


481363 383318548392655 705639850 n 300x238 Ujian Itu Hadiah Dari Allah
                               


Justeru, Ayuh NuAm( Nur Atiqah Masri) !!!!!!


Jika saat ini kau sedang diuji, sesungguhnya  kau harus bersyukur dan berbahagialah  kerana apa? 

KERANA  UJIAN itu HADIAH dari ALLAH.. Hadiah buat kau dan keluarga.


Hari ini 07 Disember 2013. ...Sedar tak sedar ,7 tahun 5 bulan abah telah meninggalkan bumi Allah ini. Meninggalkan juga kami sekeluarga. 

Al-Fatihah buat ayahanda Masri Bin Manap.. Semoga sejahtera disana dan ditempatkan bersama orang orang yang telah dijanjikan syurga. Amin.( 29/12/1956 - 22/07/2006 )




NuAMNur Atiqah Masri

posted under | 0 Comments
Newer Posts Older Posts Home

Viewers

Powered by Blogger.

Recent Comments