Rabak Mata
Salam disambut dengan senyuman,
Tidak seperti biasa,
kali ini berbeza,
Berbeza pada masa,
Juga pada cara,
Belum pasti untuk di intepretasi,
Terpesong makna mengundang petaka,
Cuba mencari punca di mana,
Kali ini salam berserta ucapan,
Berserta juga mutiara kata,
Hati diserap dengan pelbagai rasa,
Bergembira itu perlu,
Berduka itu berlalu,
Berbeza itu selalu,
Tidak seperti dahulu engkau berkata,
Dia juga berkata,
Mereka turut berkata,
Ini yang dikatakan sudah tahu bertanya pula,
Ragam manusia pelbagai,
Aku manusia,
Kau manusia,
Ahhh bahasa pertuturan manusia itu sempit,
Selalu sahaja sulit,
Terima kasih untuk mutiara kata,
Ini ungkapan sebagai balasan,
Disusun agar tersusun,
Digarap agar tersirap,
Yang kurang itu aku,
Yang lebih itu DIA,
Yang khilaf itu minda,
Yang benar itu hati,
Yang dusta itu bibir,
Yang utama itu bahagia.
Ini cerita di waktu melayan mata,
Cerita tentang orang dewasa,
Budak budak sila ke sana,
Aku berkata kerana leka,
Leka tentang kehidupan nyata,
Jika esok tiada terang,
Bermakna kita bersua diwaktu gelap,
Jika gelap juga tidak bersua,
Bermakna aku sedang berada di alam itu,
Alam buatan manusia,
Mungkin juga alam buatan DIA.
Selamat Malam Dunia
0 comments:
Post a Comment