IJAB QABUL

Dr. Amirul Azim & Pn. Nur Atiqah
28 MAY 2016 


Hari ini
Aku di sini
Aku tetap di sini
Dan Aku masih di sini

Di Matamu
Aku mencuba menjadi yang terbaik
Meskipun sering aku rapuh, reput dan luput
Aku mencuba mencari yang sempurna
Namun aku lupa sempurna itu hanya di syurga

Disaat diri ini lemah
Disaat diri ini lelah
Disaat diri ini rebah
Kau sentiasa membantu
Sentiasa senyum
Sentiasa berlembut
Sentiasa beralah
Sentiasa memujuk
Sentiasa yang pertama
Dan kau ISTIMEWA di hatiku

Bila aku tersungkur
Kau disisi menasihati dengan penuh hikmah
Kau kata
Dunia ini sementara, penuh cacat dan cela
Dunia ini adalah untuk mencari peluang
Bagaimana?
Setiap orang diberi peluang untuk memilih syurga
Kaya, miskin, cacat, sempurna, cantik, hodoh, pandai dan bodoh
Semuanya berpeluang ke syurga
KERNA matlamat hidup di dunia hanya DUA
iaitu SYURGA atau Neraka

Andaikata
Satu hari mendatang
Kau rebah, putus asa dan kau merasakan sempit tiada jalan keluar
Aku juga akan berkata begitu

Andaikata
Kau kecewa
Aku ada di sini
Aku akan menjadi pendengar setia
Aku akan menjadi sahabat setia

Seandainya
Aku tidak mampu berkata
Percayalah bahawa aku sentiasa menyokong
KERNA kau adalah satu dihatiku
Kau perlu kuat
Kau perlu melawan
Kau harus buktikan bahawa kau juga mampu
Kau juga hebat melawan putus asa
Kau juga hebat melawan cabaran
Kau juga hebat melawan dugaan
KERNA kau adalah kau

Kita semua manusia
Melakukan kesilapan adalah biasa
Jatuh kemudian kita bangkit
Itu adalah terbiasa
Kerna kita Hamba

Kita ada DIA
DIA Maha Besar
Pergilah kepadanyaNYA
Bersujudlah, KERNA DIA hanya satu yang berada dimana-mana
DIA Maha Berkuasa
DIA Maha Mengetahui
Berdoalah apa saja
Mintahlah apa saja
KERNA DIA Maha Pemurah

Aku di sini MENGHARAPKAN
Kekuatan kau untuk aku terus berjuang di dunia ini
Semangat kau untuk aku terus berdiri menjadi wanita hebat di sisimu
Kejayaan kau untuk aku mencapai cita-citaku
Harapan aku besar untuk melihat kau terus berjaya
Kau adalah suamiku
Terima kasih Allah
Mengurniakan suami yang penuh rasa kasih
Mengurniakan suami yang penuh timbang rasa

Ya Allah
Jadikanlah kami hambaMU yang sentiasa mencintaiMU
Jadikanlah kami hambaMU yang mencintai ilmu
Doronglah kami untuk sentiasa membuat kebaikan
Doronglah kami agar sentiasa ikhlas membuat kebaikan
KAU sentiasalah buka pintu taubat buat kami
KAU limpahkanlah rahmat ke atas kami
Kau kekalkanlah rasa kasih sesama kami
Matikan kami dalam iman
Kurniakan syurga buat kami

Amen…..




              NuAMNur Atiqah Masri




































































posted under |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Viewers

Powered by Blogger.

Recent Comments