Permohonan Program Pertukaran Pelajar (Exchange Student)
Ini permulaan cerita. Aku yang berlatarbelakangkan seorang yang dibesarkan dalam keluarga sederhana.Sejak kecil memang menjadi impian aku untuk belajar sehingga ke menara gading. Pernah juga aku mengimpikan untuk belajar diluar negara. Namun aku biarkan impian itu terkubur. Aku kini menuntut di salah sebuah universiti tempatan di Malaysia. Cerita permohonan aku untuk menyertai program pertukaran pelajar terdetik selepas salah seorang sahabatku mempelawa untuk pergi ke International Student Centre(ISC) di Universiti tempat aku belajar. Setelah mendengar penerangan oleh pihak ISC aku pun mengisi borang permohonan. Didalam permohonan tersebut perlu dinyatakan tiga buah Univesiti yang ingin dipohon. Aku tak ingat antara universiti yang dipohon. Namun, yang aku ingat semua adalah universiti di Korea. Kenapa Korea aku sendiri tidak pasti. Mungkin juga pengaruh hiburan. Tapi aku bukan peminat setia drama, filem atau rancangan realiti. Aku sekadar ingin merasa bagaimana kehidupan di negara orang. Keinginan untuk berada di negara orang semakin hari semakin menebal. Oleh sebab itu juga hampir setiap hari aku ke ISC untuk mengetahui progress permohonan. Segala info dari pihak ISC aku baca dengan teliti. Hendak dijadikan cerita, suatu hari aku dimaklumkan bahawa universiti yang aku mohon tiada kekosongan. Perasaan hampa dan kecewa sememangnya tidak dapat aku sorokkan. Namun dengan perasaan percaya pada diri pada petang itu aku datang kembali ke ISC. Gerak ati aku mengatakan bahawa aku perlu kesana untuk kali terakhir bagi memuaskan hati. Aku sangat yakin dengan gerak hati aku. Sememangnya jodoh,ajal maut dan rezeki hanya DIA yang maha mengetahui. Aturannya untuk aku lebih baik dari yang aku jangkakan. Dimaklumkan bahawa Gachon University,Korea menawarkan program pertukaran pelajar dan semuanya dibawah tajaan mereka. Alhamdulillah, memang ini rezeki aku. Jadi bermula disaat itu aku perlu menguruskan beberapa dokumen yang perlu diselesaikan antaranya mendapatkan transkrip keputusan setiap semester, surat sokongan daripada pensyarah, surat sokongan daripada pihak fakulti dan pelbagai lagi surat. Aku rasa ini terlalu birokrasi. Tapi tak apalah bukan selalu berurusan begini. Sekurang-kurangnya aku boleh belajar bagaimana untuk berurusan dengan organisasi. Setelah semua surat diterima, aku juga perlu memohon surat untuk penarikan diri daripada semester berikut dan penarikan diri daripada tinggal dikolej kediaman. Seterusnya aku perlu membuat passport dan visa. Aku membuat passport di Wangsa Maju dan hanya mengambil masa antara 3-4 jam sahaja. Namun proses mendapatkan visa sedikit leceh bagi aku kerana Emmbassy of Korea hanya beroperasi dari 9am hingga 12pm bagi permohonan. Kemudian pada sebelah petang hanya untuk mengambil Visa. Visa pula hanya boleh diambil selepas tiga hari waktu bekerja. OK akhirnya segalanya selesai. . Aku hanya menghitung hari untuk meninggalkan emak, abang-abang, kakak-kakak, adik dan semua yang aku sayang.
65 comments:
salam sis :)
sy mmg berminat nk join program exchange student nie tp x taw care dye and lps bce blog sis da dpt idea skit kot...thanks...hehe...btw nk tnye blh?? tyme sis join program nie...tyme tu sis tgh sem brape and taun brape?? sy takut sy x sesuai nk g sebb x sesuai mase...
waalaikumussalam dik..
Time tu akk sem 6. Adik pergi ke bahagian international centre di University adik then nanti isi form. kat sana nnt adik boleh pilih nak ke negara mana. Depends uni jgk , sometimes ada interview. so 1st step awk pergi dulu international centre dlm uni awk.ok
sem 6 means akk in final year er??? klau final year bukn ade tesis sume tu?? ke akk 4 years in uni??? tyme akk g mohon tu akk dpt info dr somewhere ke or akk just pegi tnye just in case je?? sory la byk tnye lak...hehe...
Akak 3 thn setengah dik.Before akk apply tu ada la membe yg lain pergi. Tapi akak tak tanya dorang, akk terus pergi ofis international centre dlm uni akk. 1st step awk mesti pergi ofis tu dulu. Info lebih detail & direct.Eh tanye je.x pe.
owh...tyme tu akk tgh bwat tesis er???and tyme akk g ofis tu akk da tgh sem ke ape???
Assalamualaikum. Saya nak tanya ada ke program pertukaran pelajar untuk budak sekolah? And mcm mane nak dpt scholarship?
Princess ireland : Penghujung sem 5. So permohonan akak dorg prosess time cuti sem.Then result pon time cuti,
KHAIR's : waalaikumussalam....Setakat ni akk x pernah lagi dgr exchange program utk primary or secondry school.
owh...so kre tyme sem 6 tu mmg akk x msk u la??? kre er akk blaja kt sne ikut kos yg akk amek tyme kt u la??
Akak. Saya nak apply tp risau psl cost of living kat sana. Masa akak g sana how much estimation per sem ?
Princess ireland : Aha mcm tu la.
Syida : Awk try apply. Living cost 3x ganda malaysia. Tapi mana tau rezeki awk nanti dapat full sponsor uni sana.
Salam. Nak tanya. Sis ambil kos apa ye di UM ? Exchange students ni depends on courses jugak kan ?
Waalaikumussalam wbt...Sis econs...tapi rasanye semua course boleh apply.awk UM juge ke Aisyah?
waalaikumussalam Mohd Noor Shawal. Akak da balik Malaysia dik. Rasenye semuanya uni ade(x bape pasti). Akak study UM.
salam. based on cerita akak ni, akak mesti study UM dulu kan? hehe
Azrul amri : Wsslm...ye betul tu adik.. awk UM jgk ke?
Salam akak, diploma ea mse program ni ?
akak..utk secondary school ade tak program ni. klau ade, tau tak mcm mne nk mohon?
salam cinta hati Ummi. Program untuk secondary school akak tak sure la. Kena tanya pihak pentadbiran sekolah awk.
assalam akak kalo nak exchange student kene ikot kos yang kite ambik ke or kos tertentu je yang boleh join ?
Assalam kak , sy dengar banyak program utk pelajar sekolah menengah..Tpi susah ke kalau nak apply ni kak ?
asslam kak, sya nak tanya bdk umr 13 thun pun bolh buat pertukarn jugk ke ..
Kak nk tye klu mcmmne klu amik kos agama kat u d malaysia?? Boleh apply utk u kat sana x?? haha.. macam pelik je.. harap akak balas
Kak nk tye klu mcmmne klu amik kos agama kat u d malaysia?? Boleh apply utk u kat sana x?? haha.. macam pelik je.. harap akak balas
Kak nk tye klu mcmmne klu amik kos agama kat u d malaysia?? Boleh apply utk u kat sana x?? haha.. macam pelik je.. harap akak balas
tak perlu amik kelas untuk belajar bahasa korea ke?
kak nk tanye..boleh x kak senaraikn lagu ade kn blog ni..lagunye best sngt..
terima kasih...
Haa, adik2 SPM tahun ni atau FORM 5 tahun 2016, yg minat sangat Students Transfer Program utk Secondary School, nahh cuba apply ni ! Boleh ke Latin American countries, Europe, Asia ! Good Luck :D http://biasiswa.index.my/list/afs-scholarships-2016/
Assalamualaikum saudari. Saya Najatul Najwa dari UIAM, insya Allah saya akan ke Kansai, Jepun pada bulan Sept tahun ni dalam Program Pertukaran Pelajar jugak. Sekarang saya masih mencari-cari sponsor utk saya belajar dan hidup di sana. Boleh tak saudari beri beberapa cadangan sponsor utk saya mohon? Terima kasih... :)
Ada..
Search 'AFS Malaysia' dan 'Hiroshima International Club Malaysia'.
Ada..
Search 'AFS Malaysia' dan 'Hiroshima International Club Malaysia'.
Boleh.. Cuba tengok website 'AFS Malaysia' dan 'Hiroshima International Club Malaysia'.
Mereka bergabung dengan Kementerian Pelajaran Malaysia
Salam Najatul Najwa...
Tahniah dapat ke Japan untuk pertukatan pelajar. Saya tak sure pasal sponsar tu. Cuma saya pihak Uni di sini dan di sana yang sponsar tp tak sepenuhnya juga.
Salam najatul najwa,, sy aina ,,law student,, nk tnya,, cmne nk taw kos kite bole apply excnhge prgm ni,, awk kos ap? Brmnt nk join jugk,, :D
salam boleh x nak tahu tajuk lagu No. 1 kat blog awak ni? best
Wsslam sist zaty. click link bawah ni ok.
https://www.youtube.com/watch?v=fN1NTNdbKTM
Salam akak Nur Atiqa ehh. Nak tanya ni. Saya memang berminat dengan program exchange students ni tapi program ni untuk Degree sahaja ke ? Diploma ada tak ?
thanks ya :)
salam sis saya bru hbis spm2016 saya tengah tunggu result thn depan...skg saya masih fikir mana saya nk pergi lepas ni... jadi sya nk tanya semua org yg join program ni yang ambik kos engineering ka??
klau uitm dpt tak ikut program ni??
Assalam kak. Student exchange ni untuk diploma ke degree eh?
Uitm ade student exchange but not sure untuk degree ke diploma
Hi adik2 UiTM yang ingin ke Exchange program. Abang boleh tolong bagitahu sikit2. Abg pun mcm adik juga dulu cuma impian terkubur atas alasan tertentu. Sebenarnya ada banyak cara nak sambung belajar dia luar negara. Kita cuba kecil kan skope. Ada banyak juga cara utk belajar di luar negara bagi semester tertentu. Byk peluang yg disediakan oleh setiap university di Malaysia. Universiti awam mahupun universiti swasta. Ok kita cuba kecilkan skope lagi, bagi student universiti awam, boleh ke International Students University Centre. Kawan Abang di UM dapat satu semester belajar di Korea. Kawan Abang di USM dapat belajar di Europe. Ok kita kecilkan lagi skope bagi pelajar UiTM pula. Memandangkan Abg students di UiTM. Ok UiTM pun menawarkan program pertukaran pelajar. Antaranya fakulti engineering. Kawan Abang dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dapat ke German 1 semester. Cumanya nak tekankan disinim, tak banyak yg menawarkan biasiswa penuh. Fakuluti Abang takde tawarkan. Kalau nak semua kena sendiri apply sendiri bayar. Haaa, bahasa senang dia, siapa pun boleh cuba program pertukaran pelajar ke luar negara cuma ada duit dgn takde duit jer..
So bagi adik2 yang nak apply ke luar negara as Students Exchange Program, kena ingat bahawa CGPA Akademik kena cemerlang. Bukan bagus tapi cemerlang. Penglibatan aktiviti KoKo kena bagus. Jangan jadi ulat buku jer.
Abang punya impian students exchange terkubur sbb CGPA Abang bagus cuma tak cukup cemerlang Haha. Tapi penglibatan Abg terhadap aktiviti KoKo sangatlah cemerlang sbb tu Abg dpt Latihan Industri (Intern) di company bagus2 Alhamdulillah. Ok kalau nak tanya mcm mana nak Intern di luar negara Abang boleh tlg sikit lah. Atau nak tanya mcm mana nak dpt Intern company bagus pun Abg boleh tlg. But every magic comes with a price and ain't cheap.
Goodluck!
abg nii masih diploma or degree uitm
Abang mana tu maksud awak, Kalu sy abg dh habis study degree uitm. Grad Januari 2019 Convo Oct 2019
salam..saya nak tanya abg..mcm mana nak mohon intern utk ke luar negara..saya teringin nak mohon intern ke luar negara..saya merupakan pelajar degree engineering electric..mohon abg Muhammad Osman ble beri pencerahan
Hi,
Banyak laluan awak boleh pilih utk internship di luar negara. Awak boleh hubungi International Students Affair Office di Universiti.
Bagi saya, awak boleh cuba beberapa website yg menawarkan perkhidmatan kalau awak nak intern di luar negara.
Tapi ingat, perkhidmatan ini adalah berbayar dan tak murah!Ini antara listnya:
https://www.goabroad.com/intern-abroad
https://www.gooverseas.com/internships-abroad
https://www.gooverseas.com/blog/10-paid-internships-abroad-in-summer
https://www.iesabroad.org/ies-internships
https://www.isepstudyabroad.org/intern-abroad
The lists goes on and on, banyak sebenarnya yg menawarkan internship di luar negara. Dan byk sebenarnya pelajar pelajar seluruh dunia yg intern aboard.
Tapi, kalau awak boleh cari intern placement aboard sendiri (tanpa menggunakan agent) adalah tidak mustahil; cuma sangat rumit.
Bagi saya, hubungi setiap Universiti masing2 adalah satu cara yg mudah. Macam Univeristi Abang, OIA (Office of International Affairs) ada scholarship & program pertukaran pelajar; khas utk pelajar yg Cemerlang.
Apapun, intern di luar negara tidak mudah tapi berbaloi. Worth to try!
All the best ;)
Najwa, kalau pertukaran pelajar, kat sana sis belajar course yg sama macam Kat Malaysia ke
Saya pun nak sangat apply exchange student, but I dont know how to start it. Any suggestion? UiTM ada buat Exchange program for Trakya Universities, permohonan boleh d mulakan esok. So what should I do first ?
maybe you can respond through my email alasyikin1409@gmail.com
Hi. I akan pergi exchange student dekat korea bulan Ogos ni, tapi Dana @ Duit masih tak cukup. Awak ada tahu dekat mana i boleh mohon untuk minta dana ? Also masa buat Visa Student dekat Korea Embassy, kawan i yang pergi sem lepas kata dalam bank kena ada 12K.
OUM untuk student degree blh bt exchange student ke?
boleh, saya study di UKM. UKM memang ada program utk student degree yg nak pergi exchange
Salam, untuk daptkan full scholarship tu. U kat sana memang sukarela tawar or dia tgk result kita layak ke tak?
bro selalunye cgpa tu die ltak brape eh untuk mendapatkan biasiswa penuh tu
Salam, kak nk tanya, klau mohon jpa boleh ke nk exchange students?
Wsslm.akak tak pasti. awak boleh email or hubungi jpa untuk pertanyaan. actually setiap universiti ada menawarkan program exchange student. awak cuba cari info di universiti awak belajar dahulu.
Good info 👍
first Sila isi permohonan cepat
Salam kak, akak boleh bagi email akak tak? Saya ada nak tanya lebih detail about the program sebab saya pun student Um juga, tengah apply exchange sekarang ni
atiramasniqa_1407@yahoo.com. ni email akak ya
Aslm mungkin blog nie dh lme.Ape masih aktif lgi kee....sye nk tnye progran exchange student nie masih ade lgi ke pade thun2021 nie kite thun bru form3 ape bolh ke join program exchange student
Aslm sye harap blog nie masih aktif lgi lh....sye nk tnye program exchange student masih ade lgi ke....thun nie sye bru form3 ape ke join progran exchange student nie...sye harap akak balas
Wsslm.. insyaallah ada.kalau adik ada cita cita untuk belajar di luar negara adalah lebih baik adik terus target dan berusaha untuk melanjutkan pelajaran ke negara yang adik suka selepas spm.
Post a Comment