Selamat Datang
Bermulanya pemgembaraan selama tiga hari 2 malam di Pulau Pinang. Aku menaiki pesawat Air Asia yang berlepas pada jam 9.30pagi bersama dua orang rakan yang lain. Pada sekitar 10.20pagi kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. Di sana dua orang kawan aku sedang menunggu. Mereka merupakan anak jati Penang dan menjadi pemandu pelancong kami.
Sebelum memulakan pengembaraan di penang, kami singgah di sebuah restaurant Nasi Kandar. Menurut kawan aku,restaurant ini merupakan antara restaurant yang popular dikalangan pelancong.Aku lupa nama restaurant tersebut. Tapi memang rasa tak boleh lupa.Fuhhhhh sedap hingga menjilat.Lagi-lagi perut tengah lapar.Mai pekena nasi kandaq sat.
Selepas makan tengahari, kami singgah sebentar di guesshouse di Bayan Lepas untuk "check in" bilik dan membersihkan diri.
0 comments:
Post a Comment