Selamat Datang

Departure:                                                                                    
Kuala Lumpur (Lcct Terminal)
Thursday 21 Feb 2013 (1:00 AM)





“Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!”
                                                                                                                       (surah Az-Zukhruf 13-14)






Arrived 
SEOUL 
Inchoen International Airport

Allhamdulillah
























Student Gachon University menjemput kami di Airport. Mereka sangat mesra alam. 




                                           Bergambar sementara menunggu pelajar dari negara lain





Antara staff Gachon International Office yang dipertanggugjawabkan untuk memastikan kami selamat sampai ke Gachon University. Terima Kasih@Khamsamhamnida



Setelah hampir 5 jam menunggu, kami dibawa menaiki bas ke universiti Gachon.Keluar je dari lapangan terbang, terasa sejuk yang teramat. oooohh.. Macam ni  rasanya musim sejuk. Menggigil jugalah badan aku.
Setelah hampir 2 jam perjalanan kami sampai ke univeisiti Gachon di daerah Seognam. Kami diberi penerangan mengenai proses mengisi borang bagi memohon penginapan di dalam universiti. Kemudian setiap seorang pelajar diberikan seorang pelajar korea untuk membantu pelbagai urusan sepanjang berada di bumi Korea. Alhamdulillah aku mendapat seorang kawan perempuan yang bernama Kim Jaeyeon. Sangat cantik dan sopan-santun orangnya. Semoga aku diberikan kemudahan sepanjang berada di negara orang.





Gadis berkacamata disebelah aku adalah Jaeyeon. Selepas selesai taklimat aku keMoran  untuk membeli segala barang keperluan denga menaiki subway.











Dari Stesen Gachon untuk ke Stesen Moran hanya mengambil masa kira-kira 10 minit sahaja




                             Setiap pelajar diberikan satu kad untuk memasuki bilik masing.







                                                        Laluan untuk ke bilik




 Ruang untuk menonton TV yang bersambung dengan dapur. Setiap aras mempunyai sebuah dapur dan ruang menonton TV





                                     Ini bilik aku yang bernombor 536 di tingkat 5




Tidak berapa kemas di situ. Maklum sajalahkan.baru sampai. Sibuk mengemas baju-baju untuk dipindahkan ke dalam almari.






                          Kemudahan membasuh pakaian. Sekali cucian dikenakan cas 1000W







Hostel aku 






Dalam sibuk-sibuk mengemas barang-barang sempat juga aku update blog. Terasa letih badan. Sejak berada dalam pesawat selama 6 jam aku tidak dapat merehatkan badan secukupnya. Tidur dalam keadaan duduk menghalang aku untuk bermimpi indah.hehehe. Ditambah pula semasa di Airport menunggu rakan daripada negara lain seterusnya menaiki bas yang mengambil masa 2 jam untuk ke destinasi. Keletihan badan terus bertambah lagi dengan berjalan kaki selama 30 minit dari hostel  ke stesen Gachon  untuk ke stesen Moran  menaiki subway. Dengan cuaca yang teramat sejuk (-9C) aku teruskan juga berjalan kaki. Apa boleh buat. Mungkin inilah kehidupan diperantauan. Ok. mata dah tak boleh tahan mengantuk. Zzzzzzzzzzz



   Selesai!!! Selamat malam Malaysia




posted under |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Viewers

Powered by Blogger.

Recent Comments