Bukit Bendera
Bukit Bendera merupakan sebuah kawasan Parlimen di negeri Pulau Pinang, negara Malaysia. Negeri Pulau Pinang terletak diantara negeri Kedah dengan negeri Perak di Utara Semenanjung Malaysia..
Sedetik di sini. Bergambar sebelum menikmati keindahan Bukit Bendera
Pemandangan dari atas Bukit Bendera.
Secara umumnya, ia lima darjah Celsius lebih dingin daripada paras laut. Dari kemuncak, para pelancong boleh ada penglihatan yang menakjubkan ke bawah seluruh pulau bahkan juga ke tanah utama di seberang laut.
Beratur untuk membeli tiket menaiki kereta api Bukit Bendera.Harga tiket bagi RM10/orang. Tapi aku guna kad pelajar jadi dapat discount RM5/orang sahaja.
Menunggu giliran untuk menaiki kereta api. Penantian aku kali ini tidak dalam penyiksaan kerana tak sampai 30minit tibalah giliran untuk menaiki kereta api. Yahooooo...
Kami yang begitu teruja menaiki kereta api ini.Lihak reaksi muka masing-masing. Gayat sikit sebenarnya kerana kebiasaanya kereta api melalui jalan rata namun kali ini kereta api mendaki bukit..
Menikmati keindahan ciptaan yang Maha Esa dengan cuaca yang agak dingin. SubhanaAllah
Berada pada ketinggian lapan ratus tiga puluh meter di atas George Town, puncak Bukit Bendera mempunyai suhu yang dingin dan panorama yang mengasyikkan. Menghirup udara segar. SuhanaAllah... Alhamdulillah
Penang Hill Mosque berada di puncak bukit. Sebentar bagi santapan rohani.
Sekian....!!!!!!!!
0 comments:
Post a Comment