Padang Kota Lama
Peta diteliti sebaik mungkin bagi merancang perjalanan. Perancangan perlu dibuat untuk memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin.
Padang Kota merupakan satu kawasan di bandaraya George Town. Ia terletak di dalam kawasan parlimen Tanjung. Padang Kota terbahagi kepada dua bahagian iaitu Padang Kota Lama danPadang Kota Baru. Di sini beberapa acara penting selalu diadakan seperti sambutan hari kemerdekaan, Sambutan Tahun Baru, dan acara santai yang lain.
Di Padang Kota Lama, terdapat bangunan bersejarah yang dikenali sebagai Fort Cornwallis. Kapten SHTI Francis Light telah mengibarkan bendera Union Jack di Kota_Cornwallis .
Kubu pertahanan dibina di Padang Kota Lama dan beberapa buah meriam di sini masih dapat dilihat dengan jelas. Walaupun British tidak lagi menjadi pentadbir di Pulau Pinang, tetapi legasi British dapat dilihat jelas sekitar Padang Kota.
Ini pula tiada kaitan dengan Kapten SHTI Francis Light. Ini aku dan cik Husna. Lenguh kaki lalu mengambil inisiatif untuk duduk.hehe
Motif??? Tidak dikenalpasti
Antara lain yang terdapat sekitar Padang Kota Lama adalah beberapa bangunan terdapat di sekitar Padang Kota ialah Town Hall, City Hall dan Dewan Sri Pinang. Untuk ke padang kota, ianya mengambil lebih kurang 20 minit selepas Jambatan Pulau pinang dan mengikut keadaan lalu lintas. Keadaan lalu lintas menuju ke arah Pusat bandarraya Georgetown dan ke Bayan Lepas sangat sesak pada waktu pagi, tengahari, petang dan hujung minggu. Penumpang mestilah pandai merancang perjalanan.
Selesai di Padang Kota Lama................
0 comments:
Post a Comment