Keterujaan Terhadap Salji
Malam pertama di Korea aku rasa berbeza. Beza kerana teramat sejuk sesejuknya. Kebetulan heater bilik aku rosak. Jadi ia tidak dapat berfungsi. Dan sepanjang malam juga aku rasa macam berada di dalam peti sejuk. Bayangkan dengan badan yang letih, mata pula minta berehat aku yang kegelisahan menahan sejuk mana mungkin dapat tidur dengan lenannya. Akhirnya tertidur juga sampai ke subuh. Kalau nak tunggu azan memang tak ada subuh la aku di sini. Aku mengetahui waktu solat melalui internet.Kini semuanya dihujung jari. Selepas solat aku menghadap lappy kesayangan. Kemudian tekak terasa haus aku ke dapur membancuh Nescafe 3 in 1 lalu ke tingkap dan memandang persekitaran kawasan hostel. SubhanALLAH.. Ini yang aku nampak depan mata untuk pertama kali.
Selesai......
2 comments:
Wah!bestnya sis..sy rasa nak pegang je ais tu..mesti best sngat
Tersangat best & tersangat sejuk Eyra... blurpp.. blurp
Post a Comment