Bagaimana solatku disini??
Bagimana solatku di sini???
Hadith:
Dari Anas r.a katanya:Nabi Muhammad SAW telah bersabda :...(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti...
Huraian Hadith:
1. 27 Rejab mencatatkan lakaran sejarah penting yang berlaku ke atas Rasulullah S.A.W kerana pada tarikh tersebutlah berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj ke atas baginda. Ia berlaku pada tahun yang dinamakan Tahun Dukacita di mana baginda telah kehilangan dua orang insan yang telah banyak memberi pertolongan dan bantuan sepanjang menjalankan dakwah suci iaitu isteri baginda Siti Khadijah dan bapa saudara baginda Abu Talib.
2. Di dalam peristiwa ini banyak perkara telah berlaku dan yang paling utama adalah mengenai sembahyang yang merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Baginda S.A.W telah menerima kewajipan sembahyang lima waktu ketika Mikraj sebagaimana yang digarapkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya.
3. Jika kita perhatikan mengenai kewajipan ini maka fahamlah kita tentang betapa besarnya ganjaran dan peranan sembahyang di mana sembahyang itu jika dikerjakan dengan sempurna mampu mencegah umat Islam daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT.
4. Peringatan Rasulullah S.A.W mengenai sembahyang ini harus dititikberatkan memandangkan sekarang ini ramai di kalangan umat Islam yang mengabai dan memandang mudah terhadap sembahyang lima waktu apatah lagi menunaikannya secara berjemaah. Pengaruh keduniaan telah menghantui mereka sehingga sanggup meninggalkannya demi mengejar habuan dunia yang tidak seberapa.
2. Di dalam peristiwa ini banyak perkara telah berlaku dan yang paling utama adalah mengenai sembahyang yang merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Baginda S.A.W telah menerima kewajipan sembahyang lima waktu ketika Mikraj sebagaimana yang digarapkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya.
3. Jika kita perhatikan mengenai kewajipan ini maka fahamlah kita tentang betapa besarnya ganjaran dan peranan sembahyang di mana sembahyang itu jika dikerjakan dengan sempurna mampu mencegah umat Islam daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT.
4. Peringatan Rasulullah S.A.W mengenai sembahyang ini harus dititikberatkan memandangkan sekarang ini ramai di kalangan umat Islam yang mengabai dan memandang mudah terhadap sembahyang lima waktu apatah lagi menunaikannya secara berjemaah. Pengaruh keduniaan telah menghantui mereka sehingga sanggup meninggalkannya demi mengejar habuan dunia yang tidak seberapa.
- Hits : 1216
Solat merupakan soalan yang utama aku utarakan kepada seorang ustaz sebelum menjejakkan kaki di bumi Korea.. Selain itu ada juga aku mencari maklumat di internet, juga melalui Youtube. Disini tidak sama seperti Malaysia dimana tiada surau atau masjid yang terdapat di Malaysia. Kalau ada sekalipun hanya di kawasan seperti Itewon. Ada beberapa masjid lagi yang terdapat di Korea tetapi aku tidak begitu pasti dimana. Di pusat membeli-belah apatah lagi memang aku tak pernah jumpa. Islam itu mudah dan indah sekiranya kita memahami dengan sempurna. Jadi disini sekiranya aku berada diluar kawasan tempat aku tinggal diman-mana jugalah aku singgah untuk solat. Pada awalnya agak janggal juga apabila solat di tempat awam seperti pusat membeli-belah. Mana tidaknya rata-rata masyarakat Korea tidak tahu mengenai kewujudan agama islam. Ada juga beberapa kali selepas solat aku didatangi seorang lelaki yang aku jangka dalam usia 40 an datang kepada aku. Menurutnya dari awal hingga akhir solatku diperhatikan. Tak banyak yang aku boleh kongsikan kepada lelaki tersebut tentang islam kerana kesukaran dalam berkomunikasi. Walaubagaimanapun aku bersyukur sekurang-kurangnya dia tahu akan kewujudan agama islam dibumi ini. Aku berharap agar segala persoalan lelaki tersebut tentang islam Allah gerakkan hatinya untuk mencari di internet. Ketika solat juga kami sering diperhatikan oleh orang awam yang lalu lalang(menurut rakan).
Namun ada juga yang tahu bahawa kami sedang solat. Mungkin itu antara mereka yang sudah biasa keluar melancong. Alhamdulillah sepanjang solat di sini tiada masalah yang dihadapi misalnya tidak dibenarkan solat dikawasan awam dan sebagainya. Cuma masalah dari diri sendiri sama ada nak laksanakan atau tak saja. Dimana juga solat itu bergantung kepada seseorang individu untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim. Ini merupakan peringatan untuk aku juga. Haaaaa berkenaan waktu solat pula. Kalau nak tunggu azan baru solat memang tidak akan solat lah aku disini. Hari pertama disini aku seakan terlupa yang aku bukan berada di negara islam. Apabila teringat aku segera google waktu solat di kawasan tempat aku tinggal. Ketika ini teringat aku tentang nasihat emak abah bahawa jangan tinggal solat walau dalam keadaan apa sekalipun kecuali dalam keadaan yang dibenarkan. Rindu pula aku pada emak dan abah.. Ketika ini baru sebulan aku di bumi Korea. Rindu pada emak mungkin boleh terubat dengan berborak melalui telefon namun rindu pada abah aku sedekahkan al-fatihah beserta doa agar ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh. Tiada orang yang paling-paling aku sayang di dunia ini selain emak, abah dan adik beradik aku. Sungguhpun aku jarang ungkap dihadapan mereka namun aku selalu ungkap dalam setiap doa aku. Ok di bawah ini ada video berkaitan solat yang sempat rujuk sebelum ke sini.
“Wahai anak kesayanganku! Allah SWT memerhatikan dirimu dalam kepekatan malam, semasa engkau bersolat atau tidur lena di belakang tabir di dalam istana. Dirikan solat dan jangan engkau berasa ragu untuk melakukan perkara makruh dan melempar jauh segala kejahatan dan kekejian.”
~Pesan Luqman Al-Hakim kepada anaknya~
Sumber: Internet. Sebarang kekurangan dan kesalahan di entry ini mohon diperbetulkan
Selesai.........!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
0 comments:
Post a Comment