Mengasah Skill Memasak
Tajuk entry kali ini difokuskan tentang masakan. Kenapa ia dipilih? Sebab dan asbabnya adalah disini aku mula belajar memasak. Memang aku tak dapat nafikan bukan mudah hidup di perantauan lagi-lagi masyarakatnya yang berbeza agama dengan kita. Masalah yang paling susah aku disini adalah masalah makan. Makanan merupakan perkara pertama yang amat penting bagi setiap yang bernyawa. Orang kata makan untuk hidup, tapi aku disini hidup untuk makan. hohoho...Aku yang tiada pilihan dengan berat hati, nak atau tak nak, pandai atau tak pandai dari hari ke hari cuba dengan sejaya mungkin untuk memasak.
Ok sebelum tu aku nak cerita tentang beras di sini. Satu hari tu aku ke kedai dengan kawan termasuk kawan yang Korea untuk membeli beras. Jalan kaki je pergi kedai sebab tak berapa jauh dari Uni kami. Setelah sampai di kedai kami tengok-tengoklah beras. Ada pelbagai jenis beras dan pelbagai jugalah harga. Perkara pertama yang kami tengok adalah harga beras. Apa sangatlah ada pada jenama, dalam hati aku janji beras. Aku dan dua rakan lain yang dari Malaysia bersepakat untuk kongsi beli beras. Punyalah terkejut bila tengok harga beras yang jauh beza mahalnya dengan beras Malaysia. Paling murah pun yang ada di kedai itu 60 000 W untuk 20 kg. Yang paling murah pun bagi aku masih mahal. Mahal kan?? Time ni la baru aku teringat yang aku di Korea bukan di Malaysia. Mana mungkin sama kan. Jadi kami ambil keputusan membeli beras tersebut selepas mengetahui bahawa sememangnya harga beras sekitar harga tersebut. Beras 20 kg, macam mana nak bawa balik dorm ni? Kami menaiki teksi. Kali ni tambang teksi ditaja oleh kawan-kawan Korea. Tambang dari kedai tersebut untuk ke Dorm aku berharga 3000W hanya mengambil masa 5 minit sahaja. Anda kira sendiri la mahal ke tak? Aku perlu sedar yang aku berada dalam negara yang mempunyai mata wang tinggi. Hampir ke tiga kali ganda nilai matawang di sini dengan negara aku.
Sebelum di sini, rutin hujung minggu aku adalah menjalankan lawatan di pusat membeli-belah yang berhampiran dengan uni aku. Selain itu, balik ke kampung tak pun balik ke rumah abang aku dan macam-macam lagi yang happening. Tapi tidak disini. Disini rutin tersebut terpaksa ditukar dengan pergi ke pasar untuk membeli barang dapur. Pekan yang popular untuk mencari segala perkakas dapur adalah di Taepyong. Bermula disaat ini aku selalu terfikir-fikir sayur dan lauk apa lah yang aku nak beli. Dalam sibuk-sibuk memilih barang yang hendak dibeli, teringat aku bila di rumah bersama emak di dapur. Seringkali emak merungut sebab dah tak tahu nak masak apa untuk kami. Baru sekarang aku faham bukan senang kerja seorang tukang masak. Itu belum lagi ditambah dengan masakan yang tak memenuhi citarasa pelanggan. Aghrrrrrrrr susahnya!!!!! Aku yang kebuntuan tak tahu nak beli jenis lauk dan sayur apa terus mengambil apa saja yang ada didepan mata. Bila aku pusing belakang kelihatan makcik-makcik sahaja yang sibuk memilih sayur dan lauk yang hendak dibeli. Aku memandang Ecak, Nu ha dan akhir sekali pandang diri aku. Ini betul-betul bukan cobaan.. Hanya kami bertiga saja yang muda remaja dipasar tersebut. Bertambah pelik la makcik-makcik tersebut memandang kami.heheheh.. Dapat bayangkan. Selesai membeli aku pulang ke dorm dengan berjalan kaki yang mengambil masa 40 minit. Sengaja aku tak ambil kenderaan awam kerana nak merasa bagaimana menjadi orang korea. Lagi satu dapat juga kelurkan peluh. Orang kata " Alah bisa tegal biasa " , semakin hari berjalan menjadi satu tabiat biasa bagi aku. Tidak salah lah pepatah itu.
Aku sebelum disini pernah juga memasak di rumah. Tetapi aku hanya tahu memasak bukan mahir memasak. Dua perkataan itu berbeza kan. Aku hanya tahu masak, sedap atau tak itu bergantung kepada kemahiran seseorang. Dirumah aku akn dipantau oleh emak semasa memasak. Apa dan bagaimana langkah seterusnya bagi menghasilkan sesuatu masakan adalah atas tunjuk ajar emak aku. Kalau nak dikira terlalu jarang aku memasak sendirian. Mungkin sebab itu aku tidak mempunyai kemahiran dalam memasak. Pertama kali memasak disini amat janggal aku rasakan. Pernah juga masakan aku tak menjadi. Apa lagi aku buangkan saja. Sia-sia aku masak selama hampir satu jam dengan susah-payah cubajaya akhirnya cubalagi.hmmm sedeh... Situasi macam ni yang membuatkan aku malas nak masak. Kesabaran yang tinggi perlu dipupuk dalam dri bagi menghasilkan masakan yang terbaik. Aku tak ada pilihan. Kalaulah ada kedai makan yang halal sekitar tempat aku tinggal memang tidaklah aku menjejakkan kaki kedapur itu. Kawan-kawan yang lain boleh dikatakan pandai jugalah memasak berbanding aku. Aku??? Selalu saja masakan yang tak kena dengan tekak aku.
Dipendekkan cerita, akhirnya aku meminta abang aku untuk post segala perencah segera ke sini. Haaaaa kali ni aku tak pernah gagal.. Walaupun guna paste atleast ada improvment. Semuanya jadi mudah. Idea paste ni aku dapat dari kawan sebilik aku. Baru aku tahu selama ni mereka masak menggunakan paste. Patutlah menjadi je masakan mereka. Haaaa kantoi dahhhh... So, balik Malaysia nanti bolehlah aku tunjukkan skill memasak aku pada keluarga aku. Shuuuuuutt.. Senyap-senyap je eeeea. Jangan kecoh-kecoh... Kena Reject dengan bakal mak mentua nanti..hikhokhikhok...... :D
Masalah Selesai..!!!!!!!! :P
1 comments:
Terimakasih Artikel Mengasah Skill Memasak nya bagus dan membantu sekali, semoga sukses selalu yaa .. Aamiin
Salam Kue Putri Salju
Post a Comment