Itaewon
Kembara aku kali ini ke Itaewon, Seoul Korea. Apakah yang menarik di sini??
Dari stesen Gachon terus ke Stesen Itaewon
2 jam perjalanan akhirnya sampai ke Itaewon.Ada 2 sebab utama aku ke sini. Akan aku ceritakan di bawah nanti.
Dalam perjalanan ke tempat yang ingin dituju kami terserempak dengan kakak-kakak dan abang-abang Malaysia. Betapa terujanya aku. Keliru juga sekejap .. ehhh ini Korea ke Malaysia..heheheh.. Itaewon merupakan bandar yang sering dikunjungi oleh para pelancong terutama pelancong muslim. Kami bergambar di hadapan restaurant Siti Sarah. Aku difahamkan pemilik restaurant ini berasal daripada Indonesia. Tapi aku tak masuk pun. Cuma bergambar sahaja. Kenapa agaknya mereka amat tertarik untuk ke sini? Nanti aku cerita di bawah.
Ini sebab pertama aku ke sini. Ini pandangan dari luar Seoul Central Mosque. Bagi meraka yang ingin ke masjid ini anda tidak perlu risau untuk mencari masjid ini kerana sangat mudah untuk dicari. Cuma untuk ke masjid ini anda perlu melalui kedai-kedai yang anda tak sangka ada masjid dipenghujungnya. Jangan give up teruskan pencarian anda sesudah sampai di Itaewon.
Seoul Central Mosque. Satu-satunya masjid yang berada berhampiran dengan hostel aku. Walaupun berhampiran namun ia mengambil masa 2 jam perjalanan. Jadi aku hanya pergi sini sekali disebabkan jarak. Kami solat zohor dan asar disini. Lama rasanya tak mendengar azan di sini. Rindu laungan azan terubat apabila muezzin melaungkan azan.
Prince Sultan Islamic - Seoul
Selesai solat aku berborak sebentar dengan seorang kakak dari Malaysia. Tujuan kakak tersebut ke Korea tidak lain adalah untuk bercuti. Tidak berkesempatan untuk bergambar bersama kakak tersebut, hanya berkesempatan bergambar bersama baby ini. Baby ini merupakan anak kepada kakak yang aku borak tu. Baby perempuan baru 3 bulan usianya. Tersangat comel. Patut juga baby ini comel sebab ibunnya juga sangat comel dan lemah lembut orangnya. Kemudian aku berjumpa untuk kali kedua kakak ini di luar masjid bersama suami beliau. Dalam hati berkata memang nampak sepadan ibu dan bapa bayi ini. Sama cantik dan nampak baik dari raut wajah mereka. Ya Allah berikanlah aku suami dari kalangan hambamu yang soleh.
Setelah itu mencari-cari kedai makan yang halal. Kebanyakan kedai yang ada adalah dari negara timur tengah.
Yang ini tiada tanda halal. Jadi teruskan mencari. Sementara itu perut tengah memanggil-manggil untuk diisi. Wahai perut, sabar sekejap ye. Aku tengah mencari santapan yang sesuai untuk mu. hehehehe
Boleh pilih mana-mana kedai makan yang anda suka. Disini agak banyak pilihan makanan halal
Keluar je pintu kedai makan ada pula ais krim. Aku bukan penggemar ais krim. Jadi aku abaikan saja.
Setelah makan kami mencari kedai menjual daging halal. Pemilik kedai beragama islam dan boleh bertutur dalam bahasa Malaysia. Mungkin disebabkan sudah biasa menerima kunjungan pelanggan dari Malaysia. Tapi bukan beli dikedai ini. Kedai ini aku hanya membeli bahan-bahan untuk memasak. Ok lepas ni kena masak. :(
Selesai,,,,,,, Zzzzzzzzzzzzzz ^_^
0 comments:
Post a Comment