EVERLAND



      Seawal jam 6 pagi aku bersiap-siap untuk ke Everland pada hari ini. Menurut kawan disini perjalanan dari hostel aku ke sana mengambil masa kira-kira 2 jam. Setelah siap jam 7 pagi kami berjalan kaki untuk ke stesen subway. Kemudian menaiki bas untuk ke sampai ke Everland. Sedikit infi disini bagi yang hendak ke Everland dan tak tahu bas apa yang hendak dinaiki anda boleh menaiki bas yang menuju ke Yongin. Nombor bas aku lupa pulak. Tetapi yang pasti Everland berada dalam daerah Yongin. Di dalam bas aku mengambil peluang untuk melelapkan mata. Sesekali aku tersedar kerana bas berhenti dari satu stesen ke satu stesen. Aku kembali melelapkan mata. SubhanaAllah nyamannya.... Suhu pada ketika itu antara -5C . Aku masih berada dimusim sejuk. 2 jam kemudian kami sampai ke Yongin. Keluar dari bas aku dapat rasa suhu berubah entah ke -ve berapa aku tak pasti. Aku yang hanya memakai baju sejuk yang tidak begitu tebal terasa kesejukan sampai ke tulang. Hidung mula berair, aku buka zip bag dan mengambil tisu. Meneruskan perjalanan ke pintu masuk Everland dengan cuaca yang sejuk.






                 Selamat datang ke Everland. Antara tempat yang perlu dikunjungi apabila datang ke Korea. Sebelum masuk kami membeli tiket yang berharga 40 000 W. Then???? Ready to go??????????????










Aikkkk kenapa tak masuk lagi? Sedang menunggu Eunice, seorang lagi kawan Korea yang sedang dalam perjalanan 
 Dari kiri: Jaeyeon, Joyce, Aku, Nu ha & Ecak












         Hadapan: Seawork




























































































































Haaa inilah Eunice. Yang lain semua aku da kenalkan .
Bergambar sebelum balik.,,,,, Lasttttt!!!!!



Sejak sampai di dorm aku terus mandi,solat dan makan. Seterusnya menghadap blog ni. Sengaja segera update entry takut tak ada masa nak update lepas ni. Tangguh-tangguh nanti lupa pula  nak update
entry di Everland. Tak banyak description disetiap pic sebab aku dah keletihan seharian bermain. Selamat tido!!!!

Selesai,,,,,,, 







posted under |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Viewers

Powered by Blogger.

Recent Comments