SPRING


Musim Bunga Untuk Pertama kali



Aku dan classmate selepas habis kelas korea. Sekarang ni musim bunga. Tapi masih rasa sejuk dengan angin yang sangat kuat. Berair jugak la hidung aku waktu tu.
Dari kiri: Saranjaya(Monggalia) , Tamami(Jepun), Aku, Sayaka(Jepun)








Di tengah tu Boyoen orang Korea. Boyeon ni pernah belajar di UM untuk program pertukaran pelajar. Tapi waktu tu aku tak pernah terjumpa pun kat UM. Dia belajar di fakulti sastera di UM. Memang tak sama la dengan fakulti aku. Orangnya sangat baik. Menurutnya, selepas dia mendapat tahu ada budak UM yang datang ke Uni.Gac dia terus mencari. Akhirnya kami berjumpa dan dia belanja makan Jajangmeon.









Di Seokchon Lake. Tak ada apa nak buat dalam bilik. Kami sepakat berjalan-jalan di tasik Seokchon pada sebelah petang. Ramai orang waktu ni keluar beriadah. Ada yang datang dengan family dan tidak kurangnya yang datang dengan pasangan masing-masing. Wahhh romantik gitu. Selalu aku hanya tengok dalam drama-drama Korea je orang Korea ni. Tapi sekarang aku dapat tengok depan-depan, hari-hari pulak tu. Memang sama apa yang aku tengok dalam drama dengan realitinya. Memang comel-comel awek korea. Pakwe korea pulak aiiisshhhh tak berani nak komen lebih....Hang pikiaq la sendiri noh..huhuhu..








Ini la bunga sakura. Cantik kan.Di sepanjang perjalanan aku di tasik ni memang dikeliling dengan bunga-bunga sakura









Antara perkara yang menarik hati aku tentang orang korea adalah mereka suka berjalan kaki walaupun kadang-kadang destinasi yang hendak dituju agak jauh. Tak kira usia. Paling mengagumkan aku ada jugak daripada mereka yang aku boleh panggil nenek bersiar-siar bersama keluarga hanya berjalan kaki. Aku yang agak muda ni pun terasa lenguh dan letihnya berjalan. Memang terbaiklah. Patut pun nampak kuat je nenek-nenek ni.. Ini rahsianya...cayalah nenek!!!










Sambil-sambil berjalan berhenti seketika untuk menikmati keindahan panorama di sekitar tasik.  Perbezaan cuaca di sini sesekali membawa aku ke dunia fantasi. Membiarkan diri dibuai dengan angan-angan. Teringat aku pada satu lagu Angan Tak Sudah nyanyian Jayjay. Berhenti berangan beb..hohohoho











Tengah asyik berangan, Joyce datang menyapa. Fuhhhh,,tersentak aku dari lamunan. Peaceee!!!












Kali  ni bukan Joyce je datang tapi semua kawan-kawan aku yang bersama ke tasik ini turut serta untuk mengabdikan memori. 1, 2, 3 Say Kimchi!!! chikkkkker











Sesekali bunga jatuh bertaburan di bawa angin sepoi-sepoi bahasa..ewahhhhh!!!!








One more kimchi please!!!!!! chikkkkker.. yihaaaaaa









 
                             Indah ciptaan manusia tidak setanding keindahahn ciptaanNya. SubhanaAllah,,,,











             Abaikan gambar kami. Fokus pada pandangan disebelah kiri anda. Apa yanga anda lihat???? :)











Jika anda perasan di seberang tasik ini ada tulisan LOTTE WORLD. Ini adalah team park Lotte World.
Aku tak masuk, cuma tengok dari jauh. Bayaran yang agak mahal ditambah pula aku bukan yang extreme dengan aktiviti outdoor. So abaikan,,,,,,










                       

Tengok adik ni comel kan. Aku rasa umur dia sekitar satu ke dua tahun. Give me five adikkkk. Dibelakang adik ni ada taburan bunga sakura. Terasa macam dalam fantasi bila sesekali bunga-bunga jatuh bertaburan... :P









Setelah hampir 30 minit perjalanan terjumpa satu kawasan rehat. Jadi kepada sesiapa yang hendak ke tasik ini jangan risau tentang tempat rehat kerana kawasan tempat duduk ini sangat luas. Sambil duduk anda boleh mendengar lagu dari corong setiap tiang yang ada di sekitar tasik. Sepanjang jalan di sini juga aku dihidangkan dengan muzik yang mententeramkan jiwa. Lagu yang agak klasik tetapi muziknya yang sangat sentimental memang sesuai sangat dengan suasana ketika aku di sini.













 Selamat tinggal Tasik Seokchon. Sampai berjumpa lagi di lain masa.. Annyonghaseo!!!!!













Kaki ditengah-tengah pelajar korea di suatu taman. Agak janggal kerana sering diperhatikan. Mana taknya difahamkan aku dan dua orang rakan lain sahaja merupakan orang islam di sini. Sudah tentu pakaian kami berbeza terutama tudung. Sesekali ada mata yang menjeling ke arah kami. Mungkin di dalam hati tertanya-tanya dari negara manakah kami datang... Tapi bagi aku yang berbeza itu sangat indah.. 












Rata-rata pelajar di sini lebih suka menghabiskan masa di taman ini selain di perpustakaan. Setiap kali aku berjalan melalui jalan ini pasti ada saja aktiviti mereka. Meraka lebih suka makan beramai-ramai di sini pada waktu tengah hari. Makanan yang sering kali aku lihat adalah Jajangmeon. Aku lihat ada saja motor penghantar makanan tersebut terpakir di tepi jalan. Selain itu, ada juga yang merehatkan diri di sini dengan dialasi tikar. Tertido pun ada jugak aku ternampak. Mana tak nya cuaca yang sanagt memahami kehendak mata untuk tidur. Aku?? Terasa janggal kalau aku buat kot. 




Selesai ,,,, Mungkinkah aku akan merasa musim bunga di lain masa??? 

posted under |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Viewers

Powered by Blogger.

Recent Comments